CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11250|Reply: 0

[Pahang] LPT1, Karak dan Bentong masih sesak

[Copy link]
Post time 14-4-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode

Lebuh raya KLK dan laluan keluar jalan LTU Bentong Bypass yang sesak ekoran pertambahan kenderaan, hari ini.

BENTONG – Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 menghala ke Kuala Lumpur kembali sesak sejak awal pagi, hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, didapati kesesakan berlaku sebelum Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak dipenuhi kenderaan perantau yang pulang ke Lembah Kelang.

Tinjauan di jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Bentong Bypass juga mendapati berlaku kesesakan di laluan keluar daripada LTU ke KLK, di sini.

Kesesakan turut berlaku di laluan dalam bandar Bentong bermula dari Benus ke Ketari apabila kenderaan yang mengalami kesesakan di LTU keluar melalui laluan keluar Karak.

Keadaan ini menyebabkan laluan di kawasan bandar Bentong dari Benus sehinggalah ke Tras kembali sesak sejak awal pagi.

Menurut kenyataan LPT, trafik mula sesak di KLK sepanjang 14.2 kilometer dari Kilometer 76 hingga Plaza Tol Bentong dan sepanjang 9.9 kilometer dari Plaza Tol Bentong ke Lentang.

Keadaan di LPT 1 pula menyaksikan kesesakan sepanjang 2.7 kilometer dari Lanchang ke Karak dan sepanjang 3.5 kilometer dari Plaza Tol Karak hingga kilometer 76 KLK. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... entong-masih-sesak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.163813 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list