View: 4467|Reply: 0
|
[Pahang]
Sungai Tembeling kering, penduduk berpesta tangkap ikan
[Copy link]
|
|
ANTARA penduduk yang berjaya menangkap ikan belida.
Jerantut: Bagaikan pesta menangkap ikan dan udang galah. Itu situasi yang boleh dilihat di Sungai Tembeling dekat sini apabila penduduk mendapat hasil yang lumayan ketika hidupan sungai pulang semula ke lubuk.
Antaranya termasuklah udang galah dan beberapa spesies ikan menjadikan beberapa kawasan sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Jelai yang menjadi tumpuan orang ramai, termasuk yang pulang ke kampung untuk berhari raya.
Bagi Fauziah Manaf, 56, dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menangkap ikan di lubuk sungai ketika musim kering.
"Sekarang, musim kemarau, kebetulan sambutan Aidilfitri, maka ramai saudara mara yang pulang ke kampung mengambil berkesempatan menangkap ikan bersama keluarga masing-masing sehingga suasana bertukar menjadi pesta," katanya.
Katanya, dia bersama suami berjaya menangkap beberapa ekor udang galah yang bersaiz besar menggunakan jala yang cuma mengambil masa selama 30 minit.
"Pesta tangkap ikan ini secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan jiran sekampung serta pada masa yang sama mendidik generasi hari ini mengenali alam sekitar di muara Sungai Tembeling," katanya.
Seorang penduduk, Sabri Abdullah, 55, berkata, ikan liar berenang ke habitatnya di situ kerana air Sungai Tembeling menjadi cetek susulan musim kemarau sejak awal bulan Mac lalu.
"Ikan banyak ke lubuk di sini kerana terdapat beberapa buah lubuk yang masih dalam di muara Sungai Tembeling yang bercantum dengan Sungai Jelai.
"Selain udang galah pelbagai jenis ikan seperti lampam, kerai, baung, belida, patin, dan toman juga antara spesies yang ada di sungai ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rpesta-tangkap-ikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|