View: 3945|Reply: 1
|
[Selangor]
Jenuh lari kejar bas di Karak selepas tertinggal
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang pemuda sedang berlari mendapatkan bas ekspres berkenaan.
PETALING JAYA – Tular di media sosial seorang lelaki berlari beberapa meter mengejar sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Menerusi perkongsian DjYuyui di TikTok, lelaki itu dipercayai tertinggal bas yang dinaiki menuju ke ibu kota.
“Kena tinggal bas ke bang? 4 Syawal 1445H,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran berkenaan, orang ramai tidak ketinggalan berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.
“Pernah juga tertinggal bas di R&R dulu. Terkedu kejap lepas tengok bas dah tak ada dengan tengah malam lagi,” kongsi @syafiqah.
“Kawan akak pernah kena. Orang berhenti nak pergi bagi tandas kat stesen minyak tapi dia lepak kat tandas. Kena tinggal dan kejar bas juga, nasib tak jauh,” kata @Ijazam.
“Dalam hati abang tu, tolong la sesak tak bergerak,” ujar @poksu92TPG.
Namun dalam masa sama, ada juga yang seolah-olah mempertikaikan tindakan pemandu bas berkenaan yang tidak memastikan semua penumpang cukup sebelum memulakan perjalanan.
“Dulu zaman saya naik bas pemandunya bagus-bagus. Sebelum jalan tengok dulu penumpang cukup ke tak. Nasib orang tu muda boleh kejar. Kalau org tua, entahlah,” luah @Ila. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... selepas-tertinggal/ |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman menarik untuk diceritakan kepada anak dan cucu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|