View: 3995|Reply: 1
|
[Kelantan]
Penganggur didakwa ugut adik perempuan
[Copy link]
|
|
Anggota polis mengiringi Halimi (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH
KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut adik perempuannya menggunakan besi dan kaca di sebuah rumah, kira-kira dua minggu lalu.
Tertuduh, Haslimi Hasan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafik Aizat Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan kepada adik perempuannya yang berusia 30 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Tok Dokang, Jalan Lorong Kubur Banggol, di sini kira-kira pukul 3 petang pada 5 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin selain 30 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen
Tertuduh tidak membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.
Difahamkan, Haslimi bertindak mengugut adik perempuannya menggunakan besi dan kaca kerana berlaku perselisihan faham antara mereka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... gut-adik-perempuan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
umur masih lagi awal 40-an tetapi penampilan melebihi umur 50-an |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|