View: 4476|Reply: 0
|
[Selangor]
Putih mata ditipu scammer sofa terpakai
[Copy link]
|
|
Sofa terpakai yang diiklankan di Facebook.
PETALING JAYA – Hajat seorang wanita mahu beraya menggunakan perabot baharu tidak kesampaian apabila menjadi mangsa scammer.
Menurut perkongsian wanita tersebut di Facebook Nazia Suhaimi, perkara itu berlaku apabila dia menjumpai iklan perabot terpakai di laman berkenaan.
“Teruja sangat nak sambut raya, disebabkan rumah kosong saya survey (tinjau) sofa terpakai di Facebook.
“Sofa macam dalam gambar. Harga RM650. Dia janji nak hantar pukul 1 tengah hari tadi. Bayaran dah dibuat,” katanya.
Bagaimanapun wanita itu terkejut sebaik sahaja mendapati akaunnya telah disekat, selain turut tidak dapat menghubungi individu terbabit melalui aplikasi WhatsApp.
“Walaupun dah berhati-hati, saya kena tipu juga akhirnya. Ah dah nasib badan. Kejap lagi saya nak buat repot dan hubungi pihak bank.
“Jadi nak minta tolong serang nombor scammer ini bagi nasihat sepatah dua,” ujarnya.
Wanita itu berkata, scammer tersebut menggunakan taktik membuat hantaran mahu menjual barang rumah secepat mungkin kerana mahu berpindah.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu terbabit dan menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati.
“Geramnya scammer begini. Tak tahu ke susah payah orang nak dapatkan duit. Repot ramai-ramai biar dia kena tangkap,” kata Izham.
“Allahuakbar tergamaknya orang itu. Mak masih ingat CheYa terkena juga hal pengangkutan tahun lepas. Kena ingat selalu, sekarang ini semakin ramai orang suka ambil kesempatan. Semoga dia insaf,” kata Sri Diah.
“Tahun lepas,mak saudara saya pun kena tipu pasal sofa RM400. Hati-hati semua,” pesan Norhamira.
“Kalau semak di aplikasi TrueCaller memang dia scammer,” kata Hidayatul. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... mmer-sofa-terpakai/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|