View: 7354|Reply: 0
|
[Perak]
Tidak tahu anak pinjam along, keluarga terima ugutan bunuh
[Copy link]
|
|
Weng Yun (kiri) menunjukkan keadaan rumahnya yang disimbah cat merah di Pusat Khidmat DUN Tronoh di Tronoh dekat Batu Gajah hari ini.- Foto LIYANA RAMLI / KOSMO!
BATU GAJAH – Sepasang suami isteri di Kampung Baru Nalla di Tronoh di sini berdepan detik cemas apabila menerima ugutan bunuh daripada along akibat anak mereka meminjam wang daripada pihak terbabit.
Mangsa yang juga bapa kepada peminjam, Ho Weng Yun, 63, berkata, ugutan tersebut dibuat setelah dia tidak memberi respons apabila dihubungi oleh along tersebut.
“Kali pertama, mereka (along) menghubungi saya pada bulan Oktober 2023 untuk menuntut hutang, tetapi kami tidak memberi respons dan terus membuat laporan polis untuk tujuan keselamatan.
“Setelah itu, pada November 2023, mereka hantar surat layang termasuk menampal notis dengan kata-kata ugutan seperti seluruh keluarga akan mati dan meminta kami segera membayar hutang,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh di sini hari ini.
Menurut Weng Yun, pada mulanya, dia dan isteri tidak tahu bahawa anaknya meminjam wang daripada along sehinggalah notis ugutan itu ditampal.
“Kali pertama itu mereka menghubungi kami tanpa memberitahu siapa yang berhutang dan jumlah hutang. Mereka hanya menuntut hutang sahaja. Selain ugutan, lampiran fotokopi kad pengenalan anak juga ditampal di sekeliling rumah. Sejak itu, baru kami tahu bahawa dia (anak) yang berhutang,” katanya.
Ujarnya, anaknya telah melarikan diri dua hari sebelum along tersebut menghubungi mereka.
Katanya, anak bongsu daripada tiga beradik itu, Ho Kah Fatt, 31, melarikan diri bersama isteri dan anak lelakinya.
“Dia mempunyai dua orang anak, tetapi anak perempuannya ditinggalkan di sini. Dia hanya bawa isteri dan anak lelakinya sahaja,” katanya yang turut memberitahu, usaha keluarga menghubungi Kah Fatt menemui kegagalan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... erima-ugutan-bunuh/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|