View: 8133|Reply: 0
|
[Terengganu]
Saya ikhlas kerana Allah - Fauziah
[Copy link]
|
|
MUHAMAD Lukman memotong tembikai yang diusahakan bersama ibunya di hadapan gerainya di Kampung Beris Tok Ku. FOTO Ihsan TV3
Setiu: "Saya ikhlas berbuat demikian kerana Allah SWT sudah menyuburkan tanaman saya, jadi kami mahu berkongsi hasil tuaian itu," kata Fauziah Abdullah, 60.
Kisah Fauziah dan anaknya, Muhamad Lukman Nur Hakim A.Rahman, 26, sebelum ini tular selepas memberi tembikai percuma kepada perantau yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas pada raya ketiga lalu.
Keprihatinan mereka memberikan tembikai percuma kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan di Kampung Beris Tok Ku di sini mendapat perhatian warganet.
Fauziah berkata, dia yang mengusahakan ladang tembikai bersama anaknya bersyukur kerana tanaman tembikai pada tahun ini menjadi.
"Kami hanya mahu berkongsi rezeki dan Alhamdulillah, ia dapat dirasai mereka yang terkandas dalam kesesakan," katanya.
Bagi Muhamad Lukman Nur Hakim atau mesra disapa Akim berkata, dia dan ibunya akan memberi tembikai percuma kepada perantau yang melalui kawasan berkenaan setiap tahun.
Katanya, sebanyak dua tan tembikai hasil tuaian di ladangnya diagihkan kepada perantau di tepi jalan pada tahun ini.
"Kami tanam buah tembikai Disember lalu dan sempat dituai untuk dijual dan selebihnya diberi kepada mereka yang terkandas.
"Pada mulanya, kami rancang buat jus tembikai tetapi pada hari kejadian kedai banyak tutup dan tak sempat nak beli balang serta cawan, kami tangguh niat ini untuk perantau di musim perayaan tahun depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erana-allah-fauziah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|