CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4663|Reply: 0

[Kelantan] 'Syukur... walaupun hidup serba kekurangan, semua 8 anak hafaz al-Quran'

[Copy link]
Post time 17-4-2024 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Rahim (kiri) dan isteri bersama anak mereka, Ahmad Hanzalah dan Hasan Basri (kanan) yang berada di Malaysia ketika ini. - NSTP/MOHD RAFI MAMAT

KUANTAN: "Allah SWT menganugerahkan hati terang kepada lapan anak saya, sebab itu mereka mampu bergelar hafiz dan hafizah pada usia muda," kata Abdul Rahim Ali, 56.

Bekas guru Sejarah di sekolah menengah Indonesia yang bersara awal itu berkata, semua anaknya berusia tiga hingga 23 tahun mula menghafaz al-Quran secara berperingkat sejak dari usia tiga tahun dengan mendapat tunjuk ajar sepenuhnya daripada isteri beliau yang juga suri rumah, Siti Hajar Mahalir, 48.

Beliau berkata, mereka memperuntukkan masa antara satu hingga dua jam setiap hari untuk membaca dan menghafaz ayat-ayat suci kerana minat dan bukan dipaksa.

"Bagi membentuk minat anak-anak terhadap ilmu al-Quran, yang paling penting ialah ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh dengan turut minat serta membaca bersama mereka. Mereka menghafal dan kita menyemaknya.


"Kami juga mengambil keputusan untuk menghantar anak ke sekolah pondok atau pesantren selepas berumur 10 tahun, bagi mendalami lagi ilmu mengaji al-Quran pada tahap lebih tinggi," katanya, di sini.

Abdul Rahim yang menetap di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia, kini berada di Malaysia untuk menemani dua anaknya, Ahmad Hanzalah, 11, serta Hasan Basri, 17, yang menjadi imam jemputan Masjid Al Ikhwan Bukit Setongkol dan beberapa masjid di daerah ini.

Berkongsi lanjut, bapa kepada tiga anak perempuan dan lima anak lelaki itu berkata, anak-anaknya belajar di beberapa pesantren di Indonesia untuk mendalami ilmu agama.

Katanya, beliau bersama isteri sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak sehingga minat mereka terhadap ilmu al-Quran terus meningkat.

"Bagi memastikan anak-anak tidak lalai atau leka dengan pelbagai kemudahan teknologi terkini, mereka tidak dibenarkan memiliki telefon, selain tidak boleh menonton televisyen.

"Kami menetap di rumah serba sederhana dan menggunakan air perigi. Walaupun serba kekurangan, kami sekeluarga tetap selesa dan bersyukur dengan apa yang ada. Anak-anak tidak pernah merungut dengan kekurangan berkenaan.

"Saya bersyukur kerana di rumah yang serba kekurangan, saya bersama isteri berjaya melahirkan lapan anak yang kini menjadi hafiz dan hafizah," katanya.

Sementara itu, Siti Hajar memaklumkan bahawa Hasan Basri yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana menghafaz al-Quran dengan suara bacaan yang merdu, menerima jemputan dari semasa ke semasa untuk menjadi imam.

"Hasan Basri mula menjadi hafiz pada usia lapan tahun. Dia mula belajar al-Quran di rumah dan kini menyambung pengajian di pesantren berhampiran kampungnya.

"Saya bukan ingin bermegah menghasilkan lapan hafiz dan hafizah, namun diharapkan menjadi contoh kepada ibu bapa lain supaya sentiasa memberi perhatian pada anak, terutama dalam didikan agama serta bacaan al-Quran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... anak-hafaz-al-quran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.041365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list