View: 2574|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Gangguan seksual terhadap lelaki: Isteri orang turut komen berbaur lucah
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Apabila menyentuh topik gangguan seksual, umumnya ramai pihak akan bersikap skeptikal dan menuding jari kepada golongan lelaki.
Mangsa dalam kalangan wanita biasanya lebih cenderung diberikan rasa simpati sedangkan hakikatnya lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa gangguan sama dari kaum hawa.
Berdasarkan fakta dan laporan, golongan lelaki kini turut terdedah dengan ancaman gangguan seksual sama ada melalui fizikal, pertuturan ataupun secara maya oleh wanita.
KES 1
"Gangguan seksual ini amat melampau apabila ramai wanita sering menghantar komen berbaur lucah terhadap gambar yang saya kongsikan di media sosial," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Borhan, 35.
Menurutnya, dia yang aktif dalam sukan berbasikal serta gimnasium kerap berkongsi aktivitinya di laman sosial.
"Namun saya tidak sangka tindakan itu mengundang pelbagai hantaran atau komen 'nakal' pengguna sosial media dikalangan wanita.
"Rata-rata yang meninggalkan komen lucah dan tidak sensitif itu adalah golongan wanita termasuklah isteri orang," katanya yang bekerja sebagai penganalisa saham di ibu kota.
Menurutnya, walaupun dia berhati-hati dalam memilih gambar supaya tidak memaparkan aurat atau bahagian 'sensitif' namun ia tetap mengundang komen jelik.
"Walaupun ada antara komen ini berunsur lawak namun kebanyakannya mempunyai maksud tersirat atau double meaning yang menjurus kepada seks.
"Perbuatan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi saya apatah lagi saya menjadi bahan atau subjek perbualan tidak senonoh golongan wanita," katanya.
Dia berkata, agak mengejutkan apabila ada antara wanita tidak dikenali ini turut menghantar gambar atau video tidak senonoh.
"Mungkin ada lelaki lain yang seronok apabila menjadi 'bahan' tumpuan wanita namun perkara ini memalukan saya.
"Masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa gangguan seksual tidak lagi dikalangan wanita malah lelaki tidak terkecuali. Tolong hormat maruah kami dan jagalah air muka anda sebagai wanita.
"Sepatutnya berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang hantaran ke dalam sosial media," kata bapa kepada dua anak ini.
KES 2
"Ada segelintir (remaja wanita) yang gatal dan minta yang bukan-bukan ketika membuat pesanan air atau makanan," ujar seorang pembantu restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Boy, 21.
Menurutnya, kedudukan sebuah kolej komuniti berhampiran restorannya di Gombak, Selangor, menyebabkan premis itu sering dikunjungi pelanggan wanita dikalangan gadis remaja terutama pada waktu malam.
"Saya sudah lali dengan gangguan sama ada dalam bentuk perkataan atau bahasa tubuh pelik-pelik.
"Biasanya gangguan seksual ini dilakukan remaja perempuan nakal yang datang ke premis secara berkumpulan. Mereka jadi berani dan tak tahu rasa malu.
"Ada yang order (buat pesanan) bukan-bukan seperti pisang goreng, sup lidah, kopi tongkat ali atau tomyam 'torpedo' sedangkan restoran tempat saya bekerja menjual makanan western (menu barat)," katanya.
Menurutnya, perasaan malu seolah-olah hilang pada remaja perempuan generasi ini walaupun ada antara mereka sekadar bertujuan mengusik.
"Malah saya rasa rimas bila ada gadis ini sengaja mencuri ambil gambar saya melayan pelanggan atau menghantar pesanan dengan tujuan tidak diketahui.
"Mungkin kerana fizikal muka saya sedikit menarik menyebabkan saya kerap dijadikan subjek usikan mereka. Ada juga yang meminta nombor telefon bimbit saya untuk berkenalan namun saya tidak melayannya," katanya.
Menurutnya, isu gangguan seksual tidak lagi sinonim dengan wanita berikutan lelaki turut tidak terkecuali menjadi mangsa.
"Jangan ingat semua lelaki suka dengan cara usikan sebegini. Bagi lelaki yang menjaga harga diri, perbuatan ini turut memberi kesan kepada emosi," katanya.
KES 3
"Kerap berbual di pejabat soal kepuasan seks dan layanan ranjang oleh pasangan secara terbuka. Apa yang diluahkan itu, saya anggap biadap dan satu bentuk gangguan seksual kepada saya yang belum berkahwin," ujar seorang kakitangan syarikat terbabit penyelidikan dan pembangunan produk (R&D) di Petaling Jaya.
Dia hanya mahu dikenali sebagai Wan, 24, berkata, bilangan wanita sebagai pekerja majoriti di pejabatnya menyebabkan dia menjadi mangsa serangan seksual secara halus.
"Kakitangan wanita agak berusia dan sudah berumah tangga kerap berbincang isu seks berhampiran meja saya bekerja. Tindakan itu menyebabkan saya hilang fokus dan stres.
"Malah lebih memalukan bila mereka berbicara soal 'saiz' dan menjadikan saya sebagai objek rujukan. Ada yang bertanyakan pendapat atau sengaja berseloroh soal saiz payudara idaman saya.
"Saya jadi malu dan tak selesa dengan soalan sebegini. Apatah ada ada mata liar yang memandang saya 'atas bawah' seolah-olah saya objek .
Malah menurutnya, adakalanya perbincangan merapu itu terbawa-bawa sehingga ke bilik mesyuarat atau ketika rehat tengah hari.
"Saya cuba bersikap tidak acuh namun lebih melampau bila ayat double meaning turut menular ke dalam chatroom atau kumpulan WhatsApp.
"Saya terfikir untuk memanjangkan isu ini kepada pihak pengurusan atau Jabatan Sumber Manusia namun sya khuatir tindakan itu menyebabkan saya dipandang sebagai lelaki 'lembik'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... komen-berbaur-lucah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|