View: 6843|Reply: 0
|
[Perak]
Pekebun sawit didenda RM12,000 buat hantaran ancam Agong
[Copy link]
|
|
Pemilik akaun SamBanjar Perak didakwa kerana membuat hantaran jelik di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Kuala Lumpur: Pekebun kelapa sawit didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menerusi Facebook, tahun lalu.
Bapa empat anak itu, Samsuri Ramli, 45, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mahkamah juga memerintahkan Samsuri dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terbabit.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS) secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang mengancam sifatnya dalam bentuk gambar visual 'PN (Perikatan Nasional) Best Amaran Anak Muda Kepada YDPA, turunkan Anwar (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau kami turunkan Agong' dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Kesalahan didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook dengan menggunakan profil 'SamBanjar Perak' pada jam 5.33 petang, 13 Ogos 2023, yang kemudian dibaca di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, jam 9 malam hari sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Terdahulu, Samsuri yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mempunyai tanggungan ibu, isteri dan empat anak yang masih bersekolah.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman sebagai pengajaran, hantaran dibuat tertuduh jelas bersifat mengancam YDPA.
"Tindakan ini amat tidak wajar dan ia tidak melambangkan kesetiaan serta kehormatan kepada raja.
"Mohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan masyarakat di luar sana supaya tidak ambil ringan terhadap penggunaan media sosial," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antaran-ancam-agong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|