View: 7603|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pemasangan sistem landasan ECRL Kelantan bermula Mei atau Jun ini
[Copy link]
|
|
Projek ECRL. - Gambar hiasan.
KOTA BHARU – Kerja-kerja pemasangan sistem di kawasan landasan melibatkan elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan dijangka akan bermula pada Mei atau Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan landasan dari Dungun (Terengganu) ke Kota Bharu (Kelantan) dimulakan pada penghujung tahun ini.
“Panjang landasan dari Dungun ke Kota Bharu akan dimaklumkan kemudian. Kita mahu mulakan pemasangannya pada Disember ini susulan kerja-kerja pemasangan landasan dari Gebeng di Pahang ke Dungun sepanjang 92 kilometer (km) telah siap sepenuhnya.
“Kita ada dua Hari Raya Aidilfitri lagi (dua tahun) sebelum boleh menaiki ECRL untuk perjalanan selama empat jam sahaja dari Kuala Lumpur ke Kelantan berbanding 12 jam hingga 20 jam melalui jalan biasa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama ECRL di sebuah hotel, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Darwis memberitahu, ECRL secara keseluruhannya berada pada landasan yang tepat untuk disiapkan sepenuhnya menjelang Disember 2026 dan jangkaan pengoperasian kekal pada Januari 2027.
“Seperti telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa perkembangan kerja setakat Mac adalah sebanyak 64.1 peratus bagi keseluruhan jajaran ECRL.
“Perkembangan kerja bagi jajaran ECRL di Kelantan setakat Mac lalu telah mencapai sebanyak 78.03 peratus dengan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding 75 peratus pada Februari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... a-mei-atau-jun-ini/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|