View: 4331|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pemilik bagasi RM500,000 masih lagi misteri
[Copy link]
|
|
Sebuah bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara masih menjadi misteri selepas sebulan penemuannya.
SHAH ALAM – Pemilik sebenar bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara dekat sini, masih menjadi misteri selepas sebulan penemuannya.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik bagi menimbulkan cap jari pada beg tersebut adalah kepunyaan siapa.
Katanya, setakat ini seramai 10 rakaman percakapan telah direkodkan termasuk pemilik syarikat pembalakan yang mendakwa wang tersebut miliknya.
“Tiada tempoh atau had masa untuk tuntutan tersebut dan setakat ini keterangan diperoleh belum memuaskan hati kita.
“Jadi, kita masih menunggu keterangan lanjut (daripada individu lain) untuk saksi-saksi tampil untuk menunjukkan sumber dari mana wang itu diperoleh. Mungkin memerlukan masa (sebelum putuskan wang itu milik siapa,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Beliau menambah, berdasarkan hasil rakaman awal mendapati wang tersebut adalah hasil mereka bagi tempoh tertentu dan dikatakan bagi memulakan perniagaan baharu.
Ketika ditanya sama ada wang itu berkemungkinan pengubahan wang haram, beliau menegaskan pihaknya tidak boleh memberikan ulasan tersebut sehingga siasatan selesai.
Terdahulu Kosmo! melaporkan bagasi berwana merah jambu dan putih itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu.
Susulan penemuan beg itu, polis meminta pemilik beg berkenaan supaya tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya bersama bukti berkaitan bagi mengesahkan wang tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya.
Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.
Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... masih-lagi-misteri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|