View: 1683|Reply: 0
|
[Kelantan]
Degil! Dilarang tetap juga mahu lalu
[Copy link]
|
|
KENDERAAN berat sering kali melalui jalan sementara Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan laluan berkenaan perlu diselenggara dengan kerap. – AIMUNI TUAN LAH
GUA MUSANG – Pengguna jalan dan penduduk tempatan di kawasan sekitar tapak pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di laluan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Taman Wangi, di sini bimbang dengan sikap degil pemandu kenderaan berat yang berulang-alik melalui jalan sementara sehingga menyebabkan laluan itu kerap rosak.
Tinjauan Kosmo! mendapati, pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas kerap melalui jalan berkenaan walaupun papan tanda larangan untuk kenderaan tersebut telah diletakkan.
Seorang penduduk tempatan, Che Hamid Ismail, 45, berkata, lebih setahun lalu jalan sementara itu kerap rosak walaupun sering diselenggara pihak berwajib.
“Laluan itu penting kerana digunakan oleh penduduk tempatan dan pengguna jalan untuk ke Kuala Lumpur atau Kota Bharu.
“Sebelum ini, laluan sepanjang lebih tiga kilometer bermula dari hadapan sebuah stesen minyak Persiaran Raya ke Bulatan Tanah Putih itu sering rosak apabila jalan berlubang, beralun dan tidak rata kerana dilalui banyak kenderaan muatan barangan dan bas.
“Kenderaan berat yang melalui jalan ini memberi risiko kepada kenderaan ringan lain seperti penunggang motosikal apabila berselisih di jalan sempit,” katanya.
Seorang lagi pengguna jalan raya, Nor Fifi Rosli, 35, berkata, pemandu kenderaan berat sepatutnya menggunakan jalan lama di laluan Gua Musang-Jeli untuk dilalui.
Katanya, sebelum ini, banyak kenderaan pengguna rosak selepas melanggar lubang sebelum pihak berwajib menyelenggara dan menurap jalan berkenaan.
“Apabila pihak berwajib meletakkan struktur konkrit sering rosak pula kerana dirempuh kenderaan berat.
“Kita harap pihak berwajib memantau secara berterusan dan ambil tindakan sewajarnya dengan kedegilan pemandu kenderaan berat ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pemandu kenderaan berat dinasihatkan agar menggunakan jalan raya dengan mengikut arahan papan tanda disediakan.
Katanya, sebelum ini pihaknya kerap menerima aduan pengguna jalan raya yang lain kerana keadaan permukaan jalan yang rosak dan mendap di beberapa tempat sepanjang laluan terbabit akibat dilalui kenderaan berat. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tap-juga-mahu-lalu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|