CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

[Sarawak] Persatuan Kayan Sarawak Sungai Asap sokong cadangan angkat Daerah Belaga kepada bahagian baharu

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:28 PM | Show all posts |Read mode


Danny Bungan

BELAGA: Persatuan Kayan Sarawak Cawangan Sungai Asap, menyokong cadangan untuk mengangkat Daerah Belaga ke bahagian baharu di Sarawak.

Pengerusinya, Danny Bungan berkata, langkah ini akan membawa pelbagai manfaat kepada penduduk serta komuniti di kawasan tersebut.

Danny menekankan pentingnya sokongan ini adalah berdasarkan pertumbuhan penduduk yang ketara, saiz geografi yang luas, potensi ekonomi yang besar, selain perkhidmatan yang harus diperbaiki dan kecekapan pentadbiran perlu diperkukuhkan.

“Pertumbuhan penduduk yang pesat dari 36,114 pada 2010 kepada 44,500 pada 2020, bersama dengan saiz geografi yang meliputi 19,403 kilometer persegi, menunjukkan keperluan untuk status pentadbiran yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.

“Belaga, yang merupakan ‘rumah’ kepada empangan terbesar di Asia di luar China dan empangan Murum, turut menyaksikan potensi ekonomi yang besar yang dapat menarik pelaburan, memacu pertumbuhan dan meningkatkan infrastruktur serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, perubahan ini juga dijangka meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam merentasi sektor penting seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan infrastruktur sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Belaga.

Katanya, dengan memperkukuhkan proses pentadbiran, tadbir urus dan pembuatan keputusan tempatan, cadangan untuk mengangkat Daerah Belaga ke Bahagian baharu juga diyakini dapat meningkatkan kecekapan dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

“Langkah mengangkat Daerah Belaga ke Bahagian baru adalah satu langkah penting ke arah merealisasikan potensi penuh rantau ini dan memupuk pertumbuhan serta pembangunan yang mampan untuk penduduknya,” tambah beliau.

Katanya, cadangan ini, apabila dilaksanakan juga dapat memberikan impak positif yang besar kepada penduduk serta meningkatkan taraf hidup keseluruhan komuniti di Belaga.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050974 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list