View: 27432|Reply: 92
|
A Doctor In The House - Tun Mahathir (Edisi Bahasa Melayu sudah terbit)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by attokz at 27-4-2012 01:53
Pelancaran buku Dr. Mahathir…A Doctor In The House08 Mac
saya tak peduli apa orang kata, kalau siapa saja nak saman saya lepas baca buku ni, samanlah kata Dr. M
hari ini aku sangat berbangga kerana menjadi antara pemilik terawal buku memoir karangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri iaitu A Doctor In The House
yang menariknya, Dr Mahathir menulis draf asal buku ini dengan tulisan tangan (tanpa menaip) sebelum diserahkan kepada MPH untuk diterbitkan
ia mengandungi lebih 800 muka surat dan beliau mengambil masa lebih lima tahun untuk menyiapkannya
percayalah, buku ini akan MELETOP habis, apatah lagi Dr. Mahathir menulis isi hatinya dan berkongsi dengan kita mengenai versi sebenar beberapa peristiwa yang menggegarkan negara termasuk apa yang berlaku di balik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, fuh panas beb!
Dr. Mahathir sempat melancarkan buku ini di Midvalley petang tadi
pada mulanya aku nak gak Dr. Mahathir turunkan tandatangan kat buku ni tapi bila tengok dah ramai sangat beratur, muka dia pun dah nampak letih, aku tak jadilah
turut kelihatan pada majlis itu wartawan TV Alhijrah, Zaimah a.k.a Emma Tomei yang datang dengan jurukameranya, Azizul
aku dan wartawan TVAlhijrah, Emma Tomei
sempat jugalah borak-borak kejap dengan Emma Tomei lepas sidang akhbar Dr. Mahathir
so apa tunggu lagi, cepat dapatkan buku ini dipasaran, aku dengar hari ni saja dah lebih 5,000 naskhah dah dijual dan ia dijangka akan jadi buku paling laris dalam tahun ini
harga senaskhah RM100
walaupun edisi awal ni edisi Bahasa Inggeris, tapi kita yang bukan ‘English Edukesyen’ ni (bak kata Usop dalam Hantu Kak Limah) tak perlu risau kerana Dr. Mahathir guna bahasa Inggeris yang cukup simple, konpom boleh fahamnyer
setakat artikel ini ditulis, aku dah sempat baca beberapa chapter dan aku boleh gerenti kat korang memang kontroversi abis
Dr. Mahathir cerita macam mana dia kena baling fail oleh Tun Hussein Onn, macam mana dia asyik kena defend Daim Zainuddin, macam mana Rafidah Aziz sangat ditakuti dalam mesyuarat kabinet dan yang paling ‘hot’, cerita empat pelacur dan Anwar Ibrahim, adoyyyyyyyy
dalam sidang akhbar tadi, aku sempat tanya kat Dr. Mahathir;
” Tun tak takut ke kena saman sebab Tun tulis benda-benda yang mengundang implikasi undang-undang,” tanya aku
” Saya cerita benda betul yang berlaku, kalau ada yang terasa apa saya boleh buat. Kalau nak saman, samanlah,” kata Tun selamba
aku sempat tanya beberapa soalan lain, nasib baik dia jawab dengan baik…bukan apa, Tun ni kekadang jawapan dia boleh buat kita rasa nak lari balik rumah je hahahaha versi BM dan Mandarin akan terbit tak lagi lagi
anyway cakap banyak tak guna, cepat dapatkan buku A Doctor In The House di pasaran sementara stok masih ada (terutama yang ambil Pentadbiran Awam, ops! saper tu?)
SAK: Marina kata punyalah susah nak taip balik tulisan bapa dia, tulisan doktorlah katakan.http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/03/08/pelancaran-buku-dr-mahathir-a-doctor-in-the-house/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waaa... byk kedai buku kehabisan stokk.. kalu nak kena order..
aku rasa kalu keluar BM version mesti kena Q order. huh!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yup, kena tunggu April lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tak sabar.... akan ku usahakan jua..
hahaha.. doakan aku ye wahai seribulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang membaca.
Dapat beli di Carefour Ampang. |
|
|
|
|
|
|
|
same here! dah beli...tengah baca. tun seorang penulis yang hebat. tulisannya memberi inspirasi dan semangat kepada pembacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya respek tun M kerana beliau seorang yang pembaca tegar macam saya. Akan tetapi saya kurang respek beliau yang suka menikam dari belakang dan mencantas orang yang mahu meyaingi beliau. Bukan nak fitnah tetapi , lihat kepada Musa Hitam, Allahyarham Ghaffar Baba, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ambil yang baik, yang buruk jadi peringatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah Tun Mahathir!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 yg sudi fotostatekan 1 set utk aku |
|
|
|
|
|
|
|
Aku beli sehari selepas pelancaran sebab takut habis.. |
|
|
|
|
|
|
|
tggu versi BMelayu dlu aarrrr....kalo bc yg english niee...mau 2 tawun x khatam2 nya lgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Lutfi Othman
BAHAGIAN PERTAMA
Sebaik mendapatkan memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sehari selepas dilancarkan secara rasmi, saya membelek-belek isi kandungannya. Saya mencari topik berkaitan isu-isu menarik dan kontroversi sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekurang-kurangnya bab yang merujuk tragedi pemecatan Anwar Ibrahim, pemilihan Umno 24 April 1987 yang membawa kepada pengharaman parti itu, krisis kehakiman dan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Operasi Lalang dan juga Peristiwa Memali.
Sepintas lalu semua isu-isu tersebut -- kecuali Peristiwa Memali 1985 (yang terselit dalam bab pertama, tapi Dr Mahathir mengaitkannya dengan kes-kes ekstremis lain seperti serangan ke atas kuil Hindu di Selangor, 1979 dan balai polis di Batu Pahat, 1980) -- dapat diikuti dalam buku setebal lebih 800 halaman itu. Bagaimanapun, gelora hati saya turun-naik ketika membacanya. Terasa seolah-olah Dr Mahathir cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.
"Sakit hati apabila membaca bab berkaitan kes Tun Salleh dan pengharaman Umno. Mahathir masih mahu terus memperbodohkan rakyat," marah seorang pensyarah undang-undang, yang juga bekas peguam. "Saya lebih senang membaca perjalanan hidupnya sebelum beliau aktif berpolitik. Masuk saja bab berkaitan Tunku Abdul Rahman sudah nampak belangnya," tambahnya.
Bagi saya, bab 43 berkaitan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir jauh lebih menarik (sebenarnya lebih tenang untuk ditatap) daripada babak-babak genting dalam kerjaya politiknya. Mungkin disebabkan saya cuba membandingkan pengalaman beliau pada Januari 1989 -- dan pembedahan kedua pada September 2007 -- dengan apa yang saya sendiri lalui pada Mac 2010. Rasanya seperti tiada jauh beda terutama mengenai halusinasi dan mimpi-mimpi aneh semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya akui, kes pengharaman Umno yang bermula dengan pertandingan sengit di antara Team A (diketuai Dr Mahathir) dan Team B (diterajui Tengku Razaleigh Hamzah) dalam pemilihan parti April 1987 sering diberikan tafsiran yang salah. Walaupun sudah beberapa kali saya menyiarkan perspektif sebenar kes tersebut dalam Harakah, masih ramai yang kabur dengan cerita sebenar.
Justeru, memang mudah bagi Dr Mahathir untuk terus memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Harun Hashim pada 4 Februari 1988 itu. Sejak awal Dr Mahathir menyalahkan Ku Li, yang didakwanya mengamalkan rasuah politik untuk membeli undi perwakilan. Dr Mahathir berkata, Team B telah membelanjakan lebih RM20 juta untuk berkempen, dan kebanyakannya wang itu disediakan oleh Ku Li.
Mengulas tulisan Dr Mahathir itu, Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.
Realitinya, Dr Mahathir -- melalui penguamnya sendiri, Sri Ram -- "mendesak" hakim bahawa hanya satu keputusan yang boleh dibuat iaitu Umno diisytihar haram bagi mengelak saingan berterusan daripada Ku Li dan Team B, yang dianggotai antara lain Musa Hitam, dan beberapa menteri seperti Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Abd Samad, Ajib Ahmad dan timbalan-timbalan menteri seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman dan Zainal Abidin Zin.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir boleh menyelamatkan Umno daripada diharamkan dengan menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan. Malah, Harun Hashim dalam keputusan bertulisnya juga mencadangkan Menteri Dalam Negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana pertubuhan daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.
Dr Mahathir enggan menggunakan kuasanya itu semata-mata demi kepentingan politik peribadi beliau. Dengan merancang penubuhan parti baru, yang akan mewarisi segala aset, wang dan juga tanggungan parti yang diharamkan, melalui pindaan kepada Akta Pertubuhan, tetapi masih menggunakan nama Umno, Dr Mahathir berjaya menyingkirkan semua musuh politik dalaman parti.
Ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati (dikenali sebagai Umno 11) kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Menyedari beberapa kes terdahulu yang banyak menimbulkan kritikan termasuk daripada para peguam, khususnya dalam kes UEM dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memihak kepada kerajaan, maka Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan agar rayuan Umno 11 didengar semua hakim Mahkamah Agung (kecuali seorang), iaitu seramai sembilan orang.
Implikasi arahan Tun Salleh mudah difahami Dr Mahathir. Berdasarkan kes-kes rayuan yang lepas, tujuh daripada hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh. Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Mohd Azmi Kamaruddin , Wan Hamzah Mohd Salleh dan Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.
Dr Mahathir sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim itu hanya akan membatalkan pemilihan April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.
Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.
Dalam memoirnya, Dr Mahathir mendakwa pihak yang mahu Tun Salleh dipecat adalah Yang di-Pertuan Agong, hanya berpunca daripada surat peribadi Tun Salleh kepada baginda berkaitan bunyi bising projek penambahbaikan istana yang berdekatan kediaman Ketua Hakim itu. (Alasan ini sebenarnya berubah-ubah; dahulu Dr Mahathir mendakwa ia ekoran surat aduan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu yang ditulis oleh 20 hakim).
Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.
Peristiwa Tun Salleh dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri untuk "digertak" Dr Mahatthir seolah-olah menggambarkan kehakiman itu di bawah kuasa eksekutif. Surat penggantungan Ketua Hakim sepatutnya datang daripada Agong dan diserahkan di istana ataupun oleh wakil istana.
Jika merujuk Perkara 125(3) Perlembagaan, tindakan untuk menggantung atau memecat Ketua Hakim mesti dimulakan oleh Perdana Menteri dan bukannya Agong. Baginda, seperti diperuntukkan Perkara 40(1) tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk bertindak atas inisiatifnya sendiri melainkan mengikut nasihat Kabinet atau Perdana Menteri yang yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.
Sedangkan dalam kenyataan akhbar pada 31 Mei 1988, Dr Mahathir dijelaskan: "... pada mulanya Perdana Menteri telah diminta oleh Agong supaya jawatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantikan kerana baginda tidak senang dengan surat Tun Salleh kepada baginda ...."
Saya akan jelaskan lebih lanjut proses pemecatan Tun Salleh ini dalam keluaran Harakah berikutnya bagi menyanggah dakwaan tidak berasas Dr Mahathir dalam memoirnya, yang disifatkan secara umum oleh sarjana media, Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai "naskhah yang sakit". Semoga kekeliruan dapat dibetulkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya dah baca bab itu... dan rumusan saya ialah Tun bukanlah calon glamor dikalangan ahli umno yang lain. Tun dipilih oleh tun razak dan selepas tun razak meninggal, protector tun hanyalah Tun Hussien. Tun harus bijak menyusun strategi dan dia ambil langkah yang selamat untuk memastikan kedudukan tidak tercabar.
Dalam keadaan dimana sahabatnya ditangkap kerana disyaki terbabit dgn gerakan komunis dan seorang lagi disyaki bekerja sebagai perisik KGB, kedua2 faktor ini memungkinkan TDM tidak ada peluang menjadi perdana menteri. namun nasib senantiasa menyebelahi tun... Tun skipped 2 jawatan awal yang kebiasaanya disandang oleh mana2 ahli politik, Tun terus jadi menteri penuh...
ada banyak lagi... bab yang menarik untuk dibaca dan dikupas. Kes Harun Idris menang pemilihan naib presiden walaupun dia dalam penjara pun menarik. bagaimana tun hussien berdepan dgn pemuda umno yang berpihak pada harun idris...semua ni saya x pernah baca kat mana2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah beli n x abis baca lg.... byk page tu!
larat lagi la TDM nak tulis byk2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mph is owned by tan sri syed mokhtar
mmg rapat mereka berdua ni... |
|
|
|
|
|
|
|
nak beli sgt...tunggu stok..
tak sabar...
bak kata mahathir..dia tulis ape yg benar ..yg dia lalui..
sape tak mau terima...takleh wat pe.. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah beli...
memg isi kandungannyer sgt2 menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak yg dh baca jugak buku 'malaysian maverick'? ada pencanggahan fakta tak antara kedua-dua buku ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|