CREDIT TO: http://www.ainmuslimahspa.com/
AIN MUSLIMAH SPA DIASASKAN OLEH PN. AIDILIZA MOHD MAIDEEN. Penubuhan pertama pada tahun 2006 adalah di Taman Sri Pulai 2, Sikamat, Seremban. NS. Setelah beroperasi selama 2 tahun, cawangan kedua telah dibuka di Plaza Ampangan, Seremban. Atas sambutan yang menggalakkan, kini mengembangkan sayap dengan membuka cawangan ketiga di Taipan, Senawang. Bercadang untuk meneroka lebih jauh, AIN MUSLIMAH mensasarkan satu negeri satu cawangan khusus buat muslimah. Mensasarkan warga muslimah sebagai tetamu khusus, mementingkan kebersihan, penampilan serta mutu kerja yang baik. Sentiasa memperbaiki kualiti dengan pencarian produk yang efektif dari masa ke semasa. DENGAN PENUH KEYAKINAN BAHAWA ALLAH SWT ADALAH PENYEMBUH KEPADA SEGALANYA, Kami di sini mengiringi anda dengan alunan zikrullah, nasyid dan selawat serta salam sepanjang muslimah menjalani sessi rawatan. Semoga dengan cara ini, sebagai SPA DAN SALUN KECANTIKAN MUSLIMAH PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN, kami mengharapkan agar muslimah bersama-sama dapat menjaga kecantikan dan keaslian muslimah sejati seiring dengan hukum syarak tanpa perasaan was-was. Semoga sentuhan kami yang halal, suci dan bersih dengan keikhlasan akan menghasilkan sesuatu kelainan di sebalik muslimah menjaga keterampilan mengikut hukum Allah SWT. Tampilkan kecantikan dan keserian muslimah pada yang hak dan kesucian dalam beribadah. Ke arah keanggunan muslimah sejati tanpa was-was bersama . 
|