CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5570|Reply: 21

Pendaki Gunung Yong Belar ‘disambut’ suara riuh-rendah... Bunyi aneh makin ketara ketika kawan baca al-Fatihah

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:19 AM | Show all posts |Read mode
KERAP timbul perbincangan dalam masyarakat tentang kewujudan alam ghaib, dimensi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Antara yang sering menggusarkan orang ramai adalah pendedahan pelbagai bentuk gangguan makhluk halus, seperti penampakan entiti, bau dan juga bunyi.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan momen seram yang dilaluinya ketika mendaki bersama rakan di Gunung Yong Belar, Perak.

Berdasarkan video tersebut, wanita itu mendakwa dia mendengar suara riuh-rendah pada audio latar meskipun ketika rakaman sedang dibuat, suasana sekitar adalah hening.

"Waktu ni saya antara orang terawal sampai dekat Kem Kasut dengan dua kawan yang lain. Seorang kawan saya ni namanya Irfan, dia imamkan solat.

"Dia baca al-Fatihah dengan agak kuat serta alunannya juga sedap, jadi saya tergerak untuk mula merakam, menarik hendak dimasukkan ke dalam video rangkuman perjalanan kami.

"Tapi alangkah terkejutnya saya apabila buka balik video tu, saya dapat dengar bunyi bising dekat belakang, seolah macam ramai orang di situ. Suara itu tidak lantang, ia seakan-akan bisikan.

"Padahal di kiri dan kanan saya tiada orang, kumpulan pendaki yang lain pun berada jauh daripada saya. Apa benda yang saya dengar tu agaknya?," soal itu wanita cuba mencari jawapan kepada keanehan tersebut.

Tambah wanita itu lagi, rakaman video tersebut bukan satu-satunya gangguan yang dialaminya ketika mendaki pada hari terbabit.

"Waktu saya mendaki secara berkumpulan tu, saya jalan lambat dan ketinggalan sekejap di belakang. Yang lain semua dah di depan. Tiba-tiba saya dengar suara macam ramai orang dekat satu lokasi tu.

"Seperti wujud perkampungan sekitar kawasan berkenaan, tapi di tengah hutan belantara. Saya cekalkan hati dan terus jalan pantas untuk masuk semula dalam kumpulan, tak mahu fikir bukan-bukan," ujar wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan kisah merinding bulu roma yang turut dialami mereka.

"Saya dengan kawan pun baru balik daripada berkelah di Yong Belar, kami sesat sampai terpusing-pusing di tempat sama, dekat 20 jam baru boleh keluar. Taubat dah nak pergi sana.

"Ada video saya rakam di sebuah taman rekreasi, apabila saya tengok balik, boleh dengar orang menyanyi dan berbisik betul-betul sebelah saya. Meremang habis satu badan.

"Sama juga saya, berkelah dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa. Sejak tu aku terus boikot aktiviti berkelah," kata sebahagian pelayar.

Bagi mereka yang beragama Islam, kita harus beriman dan percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat serta makhluk halus meliputi jin dan syaitan.

                                                                                Rakaman video tular di hutan yang mempunyai suara misteri.         
            



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bideo pliss
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 27-4-2024 05:32 PM

Selalu yang claimed pelik pelik ini seperti visual... Auditory.. Olfactory(smell)... Gustatory(taste) and tactile(touch) associated dengan halucination.. Benda ini bukan supernatural ada makhluk ghoib kah apa... Prominent scientist tidak ada agama pun experiencing hallucination jenis begini...salah orang yang ngaku carl sagan... Hallucination bukan mental problem seperti schizo kah apa ini natural.. ramai yang experience akan cuba bukti kan kepada orang lain akan buat cerita alam ghoib sebab convincing  ter utama kepada person yang ada same hallucination experiences ..cerita nya ko tidak gila or mental problem nyah ini common .. Cuma taboo dalam society apa bila guna word hallucination (temporary)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
emm,,biasa la hutan2 ni tempat berbagai makhluk mendiami... yg penting jaga kebersihan tempat tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda video tak percaya.

Nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:24 AM | Show all posts
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar

dia brainwash otak korang jadi penakut dgn benda2 cmni, dgnhuraiannya pjg2 , biar korg mengalamun dlm ketakutan biar korang tinggi imaginasi bagai, biar leh bygkn apa yg dgr/nmpk dpn mata

setau aku la
takde sorg nabi pun suruh baca cerita hantu kat sahabat2 agar takut..

hanya umat meleis je yg buat utk rosakkn minda ,psl tu jadi penakut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lapar konten
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 28-4-2024 09:10 AM
Bideo pliss

Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak dengar sesuatu terus stop recording.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-4-2024 11:09 AM
Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak denga ...

Alasan tutup rakaman sebab terlalu seram dan takut.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 28-4-2024 10:24 AM
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar


Otak Indon KKN Desa Penari Wisata Horror untuk memanggil Wisatawan di Desa Kumuh dan Terpuruk

@nusaraya


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:34 AM | Show all posts
Banyak perkara misteri di kawasan hutan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 28-4-2024 11:34 AM
Banyak perkara misteri di kawasan hutan

Boleh buat Wisata Horror
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 10:18 AM | Show all posts
Kat bandor pun ada, hutan lagi la ,standard le kan banyak makhluk dan isinya. Teringat pengalaman dekat sungai kaki Gunung Jerai. Snap gamba di kawasan yang dikatakan puteri b mandi. Tujuan nya nak rakam aktiviti student. Hasil gamba semua rosak, dengan digi cam pun rosak terus. Gamba semua kuning senja je.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takottt
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2024 04:04 PM | Show all posts
Teringat sewaktu gunung CBL mula dibuka pada mac 2024 setelah sekian lama ditutup pada orang awam sejak julai 2021. Waktu tu aku adalah team orang awam pertama naik sewaktu dibuka..kami naik pada 1 mac 2024 dan seramai 67 orang dari team kami. Agak ramai kan. Dipendekkan cerita..sewaktu malam kedua kami tido di Kem Langsir...kami kami seramai 4 orng tido di seberang sungai kecik..manakala yang lain tido di kem seberang sungai..ada sungai kecik je memisahkan antara kami...kalau orang duk seberang sungai tu borak pun boleh dengar. Malam tu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan air sungai mulai naik dan menjadi kepala air dengan lajunya. Setelah hujan beberapa jam...hujan mulai reda tapi masih gerimis dan kedengaranlah bebrapa orang duk membasuh pinggan, ambik wuduk dan sebagainya. Aku yg duk kem sebelah tu tetiba terdengar jeritan kemudian disusuli dengan gelak yang bukan main seram lagi..tetiba aku  bangun dan tengok member sebelah kot2 dia dengar tapi dia tido je. So aku pun buat derk je lah. esoknya masa dh turun dan sampai semula kat parking kete aku tanya2 member2 lain ada dengar tak jeritan tu..dua org takde dengar manakla member yg sebelah aku ada dengar dan dia diamkan aje... Seram tau jeritan dia tu kemudian disusuli dengan ketawa yang seram..macam seriau pulak dengr...itu jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 14-8-2024 04:04 PM
Teringat sewaktu gunung CBL mula dibuka pada mac 2024 setelah sekian lama ditutup pada orang awam se ...

Salaam. Pengalaman yg menarik. Siapa yg mencuci dan ambil wudhu tu. Rakan2 yg tido seberang sungai ke atau makhluk dot dot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat aktiviti hutan, masa bujang ok la sorang2. Dah ada anak kecik tak kuasa nak anak grounding dalam hutan. Kat padang rumput sudah, taman2 rekreasi ke. Tak minat tempat2 banyak makhluk ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:51 PM | Show all posts
aku kalau benda2 kt tiktok ni payah nak percaya
membongak je lebih semata content
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 01:41 PM | Show all posts
RunDeeMC replied at 15-9-2024 12:29 AM
Salaam. Pengalaman yg menarik. Siapa yg mencuci dan ambil wudhu tu. Rakan2 yg tido seberang sungai ...

yang mencuci dan ambik wuduk tu member hiker juga sebab ramai je ambik kesempatan duduk tepi sungai tu bila hujan berhenti cuma bab suara tu je tak pasti ..suara manusia atau suara apakh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 03:53 PM | Show all posts
Aku baru je balik dari masuk hutan selama 3hari 2malam untuk ke satu Air terjun. air tejun masuk jauh kedalam. Kami masuk dengan menaiki 4wheel sampai dikemsite birai sungai. Kami bermalam disitu dulu dan keesokan pagi baru kami masuk ke Air terjun tu dengan trekking selama 3 jam atau lebih depend pada line up korang. Tapi biasanya mana2 team kalau masuk ke air tejun tu akan bermula jam 8pagi dan akan kembali semula ke kemsite sekitar jam 5 atau 5.30 petang. Pernah sekali team ( yg ni kejadian tahun lepas) aku keluar sekitar jam 8 malam atau lebih sebab salah sorang team aku injured memaksa geng2 guide (bukan yg guide kami tapi member dia yg tunggu kat kemsite) masuk ke hutan cari kami dan bergilir menggalas line up yg injured tu (perempuan). Actually aku nak cerita apa yg terjadi pada team aku yg masuk sana pada bulan oktober tahu ni. 'dia' takde lah kacau teruk atau tonjolkan diri tapi dia kacau masakan aku..aku ni tukang masak untuk semua team aku.....malam tu aku masak sup ayam (confrim takde rambut) tapi ada yang jumpa rambut panjang dan bergumpal dalam sup..buka sorang tapi lebih 5 org jumpa dalam sup tu. Sup ayam kan jernih boleh nampak apa isi dalam tu...dah tentu aku yang isi kan dalam bekas2 polisterin untuk diaorg makan malam tu..memang takde lansung rambut...tapi budak boleh jumpa rambut bla nak makan kat khemah diaorg...yang lain2 takde , kami semua almost 30 org lebih. Kami yg satu kehmah tukang masak ada 6 orang ..dh tentu geng2 ni yg duk perati aku masak dan diaorg tukang makan dulu sup2 tu. itu kejadian pertama..
esoknya aku masak gulai kari kambing (guide aku bawak kambing sekor dan dh siap sembelih tapi belum siang lag). So aku dengan geng aku 3 org tukang siang..confirm takde bulu2 kambing. masa aku masak tu ye le aku yg masaknya beberapa kali aku kacau gulai kambing tu takde rambut dan aku juga kaut utk dibahagi2kan..mana yg kaut sndiri tu memang aku tengok diaorg kaut....dia org makan tepi sungai..bila nak makan ...dia tengok ada rmabut..diao kata memng rambut bukan bulu...ada yg rambut pnjang dalam gulai kambing dan ada yg rambut pendek2. tapi geng tu makan je sbb sedap katanya. ..tapi jumpa rambut pendek tu tak makan sebab katanya banyak rambut tu..aku tahu pun cerita ni baru hari ni...aduh mana datang pulak rambut ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084807 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list