View: 2998|Reply: 0
|
[Selangor]
‘Fungsi untuk kurangkan bahaya, tapi ditampal pelbagai pelekat’
[Copy link]
|
|
Dua gambar yang dimuat naik pengguna tersebut ketika melalui jalan sempit di kawasan ladang teh di Cameron Highlands, Pahang.
PETALING JAYA – Tindakan beberapa pihak tidak bertanggungjawab meletakkan pelbagai pelekat di sebuah cermin cembung (convex mirror) di kawasan ladang teh di Cameron Highlands, dikecam pengguna media sosial sejak semalam.
Menerusi dua keping gambar dimuat naik seorang pengguna di aplikasi X dikenali sebagai Kujie, penglihatan pengguna jalan raya terhalang kerana pelbagai pelekat telah memenuhi keseluruhan cermin tersebut.
“Sesak dada tengok benda jadi macam ni. Penting sangat cermin tu untuk laluan sempit kawasan ladang teh.
“Jalan ke Boh Tea Center tu bila hujung minggu memang sesak, jalan sempit dan bengkang bengkok. Penting sangat cermin ni untuk tengok kereta datang dari arah depan,” ciap pengguna tersebut.
Kebiasaannya, cermin cembung akan diletakkan di sudut jalan yang tajam bagi memudahkan pengguna lalu lintas untuk melihat refleksi kenderaan lain dari arah bertentangan.
Susulan itu, di ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan individu yang sesuka hati melekatkan pelekat pada harta benda awam dan menganggap ianya adalah salah satu perbuatan vandalisme.
“Cermin diletakkan untuk keselamatan, tetapi dijadikan pula tempat kenangan. Nak juga letak pelekat kat cermin cembung ni,” komen Khairy.
“Dulu tak ada cermin ni, sebab dah lama tak pergi sini lebih lima tahun. Tapi bila ada cermin ni, macam ni pula dibuatnya. Perbuatan tak bertanggungjawab,” komen Hamzetu.
“Dia macam tulah, kalau seorang tepek, habis semua ikut tepek sekali macam itu cermin rumah dia. Sepatutnya cermin ni memudahkan urusan pengguna jalan raya. Tapi macam ni pula jadinya,” ciap Apis pula.
Sehingga kini perkongsian tersebut mendapat lebih 2,200 ulang ciap dan 3,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... l-pelbagai-pelekat/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|