View: 4117|Reply: 0
|
[Selangor]
Hampir sebulan diculik, Cikgu Sia berjaya dibawa balik
[Copy link]
|
|
Mangsa yang diselamatkan oleh pihak MHO tiba di KLIA 1, semalam. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!
SEPANG – Tidak sampai 12 hari diadakan sidang akhbar di ibu negara, seorang mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar akhirnya berjaya dibawa balik ke Malaysia dalam tempoh kurang sebulan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dengan separuh kos membawa pulang ditanggung oleh Persatuan Kebajikan Master Chi dari Pulau Pinang.
Terdahulu, beliau menyambut ketibaan wanita itu dikenali Sia bersama-sama sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah tersebut dari Vietnam di Terminal 1 KLIA.
Pada 18 April lalu, MHO mengadakan sidang akhbar yang disertai ibu dan kakak mangsa merayu pembebasan bekas guru berusia 25 tahun itu selepas dia bercuti ke Thailand dengan seorang kenalan universiti sama di Taiwan pada 2 April lalu namun sejurus tiba di negara itu, dia dipengsankan.
Sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati diculik oleh sindiket penipuan atas talian di Myawaddy, Myanmar sebelum berjaya menelefon balik keluarganya di Malaysia keesokan hari.
Hishamuddin berkata, Sia bagaimanapun dapat menghubungi pihaknya dan bertindak menghantar pasukan ke sana bagi melarikannya menerusi jalan rahsia.
“Dia kemudian berlindung di sebuah rumah wakil MHO selama tiga hari atas faktor keselamatan sebelum dibawa menyeberangi sungai sempadan Thailand pada Ahad lalu,” jelasnya.
Setiba mereka di Maesot ujarnya, dia segera dibawa ke Bangkok dengan menaiki sebuah kenderaan MHO di negara itu sebelum diterbangkan balik ke Malaysia petang semalam.
Kejayaan pembebasan Cikgu Sia katanya, membuktikan bahawa urusan pembebasan mangsa sebenarnya mampu dibuat cepat tanpa memerlukan bayaran tebusan kepada sindiket.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan akaun sosial Facebook milik organisasi tersebut digodam sindiket jenayah pemerdagangan asing yang dipercayai marah kepada pihak MHO.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar menelusuri akaun baharu yang dikenali sebagai MHO Malaysia untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini berhubung misi badan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... rjaya-dibawa-balik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|