CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4279|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dijanji kerja di kasino gaji AS$2,000 sebulan tapi dipaksa jadi scammer

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) pada sidang media di KLIA susulan kejayaan menyelamat 10 rakyat Malaysia yang dijadikan mangsa pemerdagangan manusia di Vietnam dan Myanmar. - Foto NSTP/Samadi Ahmad

SEPANG: Sembilan mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Vietnam serta seorang dari Myanmar diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia semalam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata semua rakyat Malaysia yang diselamatkan di Vietnam itu ditipu ejen sindiket dengan menawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji AS$2,000 sebulan yang akhirnya dijadikan sebagai scammer.

Ini kali pertama MHO menyelamatkan mangsa pemerdagangan manusia di Vietnam kerana sindiket sudah beralih beroperasi antara sempadan Vietnam dan Myanmar.

Siasatan MHO mendapati sindiket di Vietnam didalangi warga Taiwan dan masih terdapat enam lagi rakyat Malaysia yang dijadikan sebagai scammer dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.


"MHO sudah menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa Vietnam berkenaan sindiket ini dan dalang sudah ditahan dalam operasi ketika menyelamatkan sembilan rakyat Malaysia yang dijadikan scammer," katanya menyambut 10 rakyat Malaysia berkenaan di KLIA semalam.

MHO turut membawa pulang seorang bekas guru yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Pada awalnya mangsa bercuti ke Thailand dengan seorang kenalan yang pernah belajar di sebuah universiti di Taiwan pada 2 April lalu namun sejurus tiba di negara itu dia dipengsankan.

"Sebaik sedar mangsa mendapati diculik sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, Myanmar sebelum berjaya menelefon keluarganya di Malaysia bagi meminta bantuan untuk diselamatkan," katanya.

Bekas guru itu juga menghubungi MHO yang kemudian menghantar pasukan bagi menyelamatkannya.

"Dia kemudian berlindung di sebuah rumah wakil MHO selama tiga hari atas faktor keselamatan sebelum dibawa menyeberangi sempadan Thailand Ahad lalu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-tapi-dipaksa-jad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.131430 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list