CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12947|Reply: 0

[Sabah] Telefon bimbit anak KPD Lahad Datu masih dalam siasatan forensik

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode


JAUTEH

KOTA KINABALU: Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang maut 16 April lalu.

Mangsa yang berumur 14 tahun tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihak polis sebelum ini sudah menghantar telefon bimbit berkenaan Pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah untuk disiasat.

Beliau bagaimanapun berkata, detakat ini, pihak polis masih belum menerima sebarang keputusan berhubung maklumat telefon bimbit milik mangsa.

"Kita masih meneruskan siasatan termasuk menunggu laporan forensik bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan telefon berkenaan.

"Kita ingin mendapatkan apa kandungan di dalam telefon bimbit mangsa. Telefon bimbit berkenaan ada kata laluan dan kita menghantar kepada pihak forensik untuk memastikan tiada masalah teknikal berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini.

Majlis Serah Tugas berkenaan dijalankan antara Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah yang bersara wajib kepada bekas Ketua Polis Daerah Beluran, Asisten Komisioner Kasim Muda.

Jauteh berkata, bapa mangsa ketika ini masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu seperti biasa.

Terdahulu, dalam kejadian itu, mangsa ditemukan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Siasatan polis kemudiannya mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan terkena tembakan di bahagian dada kanan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.253645 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list