CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23546|Reply: 0

[Sabah] Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu ke Sabah, Labuan

[Copy link]
Post time 1-5-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan, pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.

Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan  semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

“Perkembangan terkini diberikan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” tambahnya.

Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2668 (KUL-SDK) dan MH2669 (SDK-KUL).

Sementara itu, penerbangan ke dan dari Sarawak yang dibatalkan ialah MH2594 (KUL-MYY), MH2593 (MYY-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2575 (MYY-KUL), MH2716 (KUL-SBW) dan MH2715 (SBW-KUL).

“Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan yang tidak dijangka itu, Malaysia Airlines menawarkan perubahan sekali sahaja ke atas jadual perjalanan pelanggan yang terjejas secara percuma, atau mereka boleh memilih bayaran balik sepenuhnya tanpa mengira jenis tambang mereka,” menurunya.

Syarikat itu juga memaklumkan pelanggan terjejas yang ingin menukar penerbangan atau atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui ‘Tempahan Saya’ di laman web.

“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi sokongan ‘Live Chat’ langsung yang tersedia di laman web atau menghubungi Pu
sat Perhubungan Global kami,” menurutnya.

Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan teratas.
– Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.757536 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list