View: 6944|Reply: 0
|
[Selangor]
Bau abnormal di Sungai Beranang disebabkan pelepasan 'one-off'
[Copy link]
|
|
Anggota penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau keadaan air di Sungai Beranang susulan mengesan bau abnormal malam tadi. - Foto FB LUAS
SHAH ALAM: Bau abnormal yang dikesan di Sungai Beranang malam tadi dipercayai berpunca pelepasan secara 'one-off'.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu bagaimanapun kembali normal susulan hujan lebat yang meningkatkan kadar pencairan sungai terbabit.
"Siasatan serta pensampelan sudah dijalankan di lokasi-lokasi berkaitan yang disyaki seperti Sungai Rinching, Sungai Kabul dan Sungai Pajam. Semakan mendapati tiada bau abnormal di tiga lokasi terbabit.
"Pada masa sama bacaan bau di Sungai Beranang juga kembali normal, termasuk Sungai Semenyih yang mencatatkan bacaan 0 ton.
"Situasi semasa adalah terkawal," kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, semakan lanjut mendapati trend kadar kekeruhan Sungai Selangor dan Sungai Sembah mula menurun bermula jam 11 malam.
"Kualiti air di kedua-dua sungai kembali pulih seperti keadaan biasa di bawah 500 NTU bacaan kekeruhan. Tiada gangguan operasi loji dilaporkan.
"Peningkatan ini ekoran hujan lebat di beberapa kawasan di Selangor lewat petang semalam termasuk di kawasan Sungai Sembah," katanya.
Anggota penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau keadaan air di Sungai Beranang malam tadi. - Foto FB LUAS
https://www.bharian.com.my/berit ... abkan-pelepasan-one |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|