CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17988|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan setuju tanah di kawasan MADA dipindah kepada komersial - PM

[Copy link]
Post time 5-5-2024 02:27 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan setuju tanah di kawasan MADA dipindah kepada komersial - PM

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

04 Mei 2024 11:14pm




Anwar (tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, pada Sabtu.




JITRA - Kerajaan Persekutuan membenarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menukar status kawasan sawah kepada kegunaan komersial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi membuat permintaan itu untuk meningkatkan pendapatan Kedah yang bergantung kepada hasil pertanian sebelum ini.



"Bagi memenuhi keperluan, kita beri pertimbangan beberapa kawasan milik MADA dipindahkan untuk dijadikan perumahan, industri dan perniagaan.

"Untuk itu, Kerajaan Persekutuan secara dasar bersetuju dan saya minta pegawai runding segera bagi meningkatkan pendapatan Kedah," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di sini pada Sabtu.



Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Muhammad Sanusi serta beberapa menteri Kabinet.

Anwar menambah, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan harga padi sejak tahun lepas tetapi ia tidak mencukupi.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan MADA bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

Beliau berkata, peruntukan bagi projek itu, yang sebelum ini membabitkan RM3 bilion, telah dinaikkan kepada RM5 bilion.




Sebelum itu, Anwar sempat berseloroh bahawa dirinya merupakan individu amat mudah untuk berbincang.

“Sebab itu saya kata kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Menteri Besar Kedah) bahawa saya ini mudah kalau cakap elok-elok. Ia kerana kerjasama kita untuk bantu selesaikan masalah rakyat.

“Kita ada berbeza pendapat sedikit dalam cara pendekatan tetapi itu tidak jadi masalah,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065755 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list