CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6371|Reply: 0

[Terengganu] Polis percaya lebih dua orang terbabit samun pemain TFC

[Copy link]
Post time 5-5-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor pada sidang media berhubung kes samun melibatkan pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid ketika hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu yang baharu di Ibu Pejabat Polis Kontonjen Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Polis percaya terdapat lebih dua suspek terbabit dalam kes samun membabitkan seorang pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata ia berdasarkan soal siasat ke atas beberapa saksi termasuk mangsa.

"Mengikut mangsa, dia ada melihat sekali imbas sebuah kereta disyaki Honda City warna tak pasti (kerana) gelap dan nombor pun tak pasti.

"Penyerang dipercayai lebih dua orang (kerana) mangsa melihat suspek keluar dari belakang kenderaan dua orang dan satu lagi dari depan," katanya.


Azli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Azli berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu termasuk kakak mangsa serta penghantar makanan yang ketika itu berada berhampiran lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk baharu dalam kes berkenaan.

Katanya, satu pasukan khas juga ditubuhkan bagi mengesan semua suspek.

"Setakat ini, siasatan lebih menjurus kepada kes samun mendatangkan cedera di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Saya juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes ini dan pihak yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan serangan terhada[ pemain pasukan TFC, Akhyar Rashid oleh dua individu tidak dikenali berhampiran sebuah kondominium di sini, Khamis lalu bermotifkan samun.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.
https://www.bharian.com.my/berit ... it-samun-pemain-tfc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060792 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list