View: 3667|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Kasino Forest City: Polis ambil keterangan ketua pengarang portal berita
[Copy link]
|
|
Orang ramai melihat model pembangunan Forest City di Johor Bharu. - Foto hiasan Reuters
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris diambil keterangan pagi ini bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata individu terbabit hadir memberi keterangan jam 8.30 pagi, diawalkan berbanding waktu asal ditetapkan pada jam 11 pagi.
"Proses rakaman keterangan masih berlangsung di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya kepada pemberita hari ini.
Pada Jumaat lalu, Razarudin memaklumkan siasatan dijalankan susulan satu laporan yang dibuat peguam ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan berhubung artikel berunsur fitnah bertajuk 'Malaysia Mulls Casino at Forest City: Bloomberg'.
Siasatan dilakukan selepas artikel itu didakwa mengandungi pernyataan palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan.
Justeru, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Terdahulu, beberapa pihak menggesa kerajaan supaya menyaman dua agensi media asing berhubung laporan penerbitan artikel berniat jahat mengenai perancangan pembangunan kasino di Forest City.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg berhubung perancangan pembinaan kasino di Forest City.
Mereka menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit atas dakwaan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ua-pengarang-portal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|