CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5479|Reply: 0

[Kedah] Bau kurang menyenangkan TPSP Paya Kemunting sudah tiada

[Copy link]
Post time 6-5-2024 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Bau kurang menyenangkan TPSP Paya Kemunting sudah tiada

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

06 Mei 2024 07:17pm








Kor Ming (tengah) hadir Majlis penyerahan Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting dekat jitra pada Isnin.




JITRA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan sebanyak RM13 juta untuk merealisasikan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar Tapak Pelupusan Sisa Pepejal (TPSP) Paya Kemunting dekat sini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tapak ini merupakan tapak ke-175 yang dihentikan operasi dan telah ditutup pada 1 Januari 2019 dan inisiatif hijau pemuliharaan alam sekitar berjaya disiapkan pada 1 September 2023



Menurutnya, projek ini bertujuan untuk mengurangkan kewujudan tapak pelupusan tidak sanitari selaras dengan pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
"Ini adalah inisiatif mesra alam KPKT dan Tapak Pelupusan Paya Kemunting ini telah pun beroperasi sejak tahun 1974, akhirnya kita berjaya menanam tutup sebanyak 300,000 metrik tan sampah.


"Penduduk (yang tinggal) di sekitar pun berasa selesa, selamat dan tidak ada lagi bau yang kurang menyenangkan," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas Majlis penyerahan Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, dekat sini.


Keadaan TPSP Paya Kemunting selepas Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar.




Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Dr Mohd Azhar Abd Hamid, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Kedah, Badrulhisham Sulaiman dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib.




Kor Ming berkata lagi, KPKT melalui JPSPN komited melaksanakan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharan Alam Sekitar menggunakan kaedah tutup selamat di lokasi ini melibatkan keluasan 5.26 hektar (13 ekar).

Menurutnya, penutupan tapak pelupusan Ini juga berdasarkan garis panduan Landfill Safe Closure and Rehabilitation of MSW Landfill Sites yang dilkeluarkan oleh KPKT.

"la juga telah direka bentuk berkonsepkan simetrikal dengan ketinggian 38 meter di puncak dengan kerja penanaman rumput bagi mengindahkan tapak tersebut," ujarnya.

Tambahnya, KPKT juga telah mengenal pasti 10 tapak pelupusan yang telah ditutup selamat yang sesuai untuk dibangunkan semula sebagai taman hijau dengan reka bentuk yang inovatif dan kreatif.

Beliau berkata, pembangunan semula tapak pelupusan sisa pepejal kepada taman hijau berpotensi memberikan manfaat serta membuka ruang dan peluang sosio-ekonomi kepada masyarakat setempat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.479154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list