View: 6201|Reply: 0
|
[Melaka]
KPDN Melaka tumpas sindiket seludup diesel rentas negeri
[Copy link]
|
|
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar. FOTO Arkib NSTP
Melaka: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mematahkan cubaan satu sindiket seludup keluar 27,000 liter diesel bersubsidi dari sebuah stor haram di Kawasan Perindustrian Krubong, dekat sini, malam tadi.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, kegiatan sindiket terbabit terbongkar hasil pemeriksaan dan pemantauan intensif anggota risikan di beberapa tempat disyaki 'kawasan panas' pencuri diesel melakukan aktiviti mereka.
Menurutnya, menerusi serbuan jam itu pihaknya turut memberkas tiga lelaki iaitu pemandu lori tangki warga tempatan dan dua pekerja stor warga Bangladesh berusia lingkungan 30 hingga 35 tahun.
"Ketika serbuan kita dapati kerja-kerja pemindahan diesel dari tiga 'skid tank' ke lori tangki sudah selesai.
"Ketiga-tiga suspek sangat terkejut dan tak sangka kehadiran anggota risikan kita yang mengepung dan berjaya menghalang lori tangki itu keluar daripada stor.
"Ini kerana gudang itu dilengkapi empat CCTV (sistem kamera litar tertutup), tiga menghadap ke luar dan satu di dalam," katanya pada sidang media di lokasi serbuan.
Norena berkata, keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM256,000 termasuk diesel bernilai lebih RM75,000, lori tangki, peralatan hos dan salur minyak serta tiga tangki skid berisi 8,000 liter diesel yang disyaki cuba dibawa ke sebuah negeri di Pantai Timur.
"Dengan kejayaan ini, kita berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran diesel bersubsidi rentas negeri pertama di Melaka yang dipercayai beroperasi sejak lebih setahun lalu," katanya.
Ditanya modus operandi (MO) sindiket, Norena berkata, risikan mendapati mereka menggunakan lori 'bonded' atau tertutup yang membawa tangki diubahsuai untuk membeli diesel bersubsidi di stesen minyak di negeri ini sebelum memindahkannya ke dalam tangki skid di stor berkenaan.
"Sindiket ini sangat aktif dan tidak statik, jika kita serbu di sini, mereka akan pindah ke tempat lain di kawasan industri juga kerana mudah untuk bergerak.
"Selagi ada permintaan, selagi itulah ada penawaran, jadi kita akan tingkatkan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan," katanya lagi sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iesel-rentas-negeri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|