View: 2586|Reply: 0
|
UCL: Bayern hilang khidmat Guerreiro
[Copy link]
|
|
GUERREIRO (tengah) berkemungkinan besar terlepas aksi penting di Santiago Bernabeu awal pagi esok. – AFP
MUNICH – Pemain tengah Bayern Munich, Raphael Guerreiro difahamkan tidak dapat beraksi pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi esok akibat kecederaan buku lali.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi The Bavarians menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, namun mereka tidak pasti jangkaan masa pemain antarabangsa Portugal berkenaan akan kembali beraksi.
“Bayern akan kehilangan Raphael Guerreiro untuk beberapa perlawanan yang akan datang. Bagaimanapun, kami belum pasti tarikh sebenar dia akan kembali menjalani latihan,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Guerreiro dikeluarkan daripada permainan selepas hanya 17 minit beraksi akibat kecederaan yang dialami selepas cuba menghalang sepakan lawan ketika tewas 1-3 kepada Stuttgart Sabtu lalu.
Ketika ini, Bayern memiliki baki dua perlawanan Bundesliga selain berdepan Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara dengan kemungkinan melayakkan diri ke pentas final di Wembley.
Atas kemampuannya yang boleh bermain di beberapa posisi, ketiadaan Guerreiro pastinya memberikan kesan cukup besar kepada pasukan untuk meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara.
Dalam pada itu, Bayern juga terpaksa merehatkan Eric Dier selepas pemain pertahanan itu mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika bertemu Stuttgart.
Bagaimanapun, Bayern masih boleh menarik nafas lega apabila dua tonggak pertahanannya, Matthijs De Ligt dan Dayot Upamecano kembali menyertai latihan selepas direhatkan pada pertemuan menentang Stuttgart. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -khidmat-guerreiro/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|