CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6915|Reply: 0

[Terengganu] Resepi lemang unik, bakar dalam relau

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga lemang, Mohd Zailani Mohd Nor, 49, memasukkan lemang ke dalam dapur relau ciptaannya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga dekat Kampung Alor Keladi. FOTO BERNAMA

Jertih: Seorang peniaga lemang di Kampung Alor Belanga di sini, berjaya mencipta kaedah membakar lemang lebih pantas namun masih mengekalkan keaslian rasanya seperti kaedah tradisional.

Mohd Zailani Mohd Nor, 49, berkata kaedah memasak lemang menggunakan relau kayu api itu diusahakan dia sejak tiga tahun lalu.

"Idea untuk mencipta relau diperbuat daripada bata, simen dan tanah liat ini tercetus selepas memikirkan kaedah lama membakar lemang memakan masa panjang, memenatkan selain memerlukan pekerja yang ramai untuk membakar ratusan batang lemang setiap hari.

"Dengan menggunakan kaedah ini, saya boleh kurangkan tempoh bakar lemang daripada empat jam yang menggunakan pembakaran biasa kepada hanya dua jam setengah sahaja," katanya.


Dia yang menjual lemang sejak 13 tahun lalu terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal berkata, kaedah itu juga menjimatkan kos terutamanya apabila tidak lagi perlu mengupah pekerja, sebaliknya hanya membakarnya sendiri dengan dibantu isteri, Shafiz Diyana Mat, 38.

Selain itu, memasak lemang dengan dapur relau juga menjimatkan masa dan kurang terdedah kepada haba memandangkan sebanyak 70 batang lemang boleh dimasukkan ke dalam relau itu pada satu-satu masa.

"Berbeza dengan memasak lemang menggunakan kaedah tradisional yang kena sentiasa menjaga api bagi memastikan tiada bahagian buluh yang rentung, dengan cara ini, saya hanya perlu pastikan api besar pada peringkat awal sahaja dan apabila lemang mendidih, hanya bara diperlukan sehingga masak.

"Penggunaan relau tidak akan menyebabkan buluh rentung kerana lemang masak kesan haba panas kayu api yang dibakar di ruang bersebelahan," katanya.

Menurutnya lemang dapur relau itu dijual bermula RM5 hingga RM15 sebatang bergantung kepada saiz buluh dan meraih sambutan menggalakkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-bakar-dalam-relau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.121969 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list