CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6552|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Beli online RM10,000 sebatang!

[Copy link]
Post time 9-5-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode

DUA gading gajah yang ditemui. FOTO Ihsan Perhilitan

Kuala Lumpur: Beli gading gajah seludup pada harga RM10,000 sebatang melalui tawaran di laman jual beli dalam talian.

Itu tindakan seorang lelaki tempatan yang ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia selepas dikesan menyimpan dua gading gajah secara haram.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu diketuai pegawai Perhilitan, Celescoriano Razond bersama lapan anggota polis bahagian Perisikan Siasatan Khas (PSK), Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata, operasi dilakukan terhadap rumah suspek di Putrajaya pada jam 1.40 tengah hari kelmarin.


"Pegawai bertugas kemudian menunjukkan kad kuasa terhadap anak tiri suspek berusia 20-an sebelum melakukan pemeriksaan terhadap rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan kemudian menemui dua unit gading gajah di salah satu bilik di rumah itu," katanya.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemilik rumah itu bagaimanapun muncul tidak lama kemudian.

"Lelaki itu gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkannya menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan. Berikutan itu dia ditahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Kedua-dua gading gajah itu bernilai RM50,000 mengikut harga pasaran disita untuk tujuan pendakwaan," katanya.



PEGAWAI Perhilitan menyoal siasat pemilik rumah berhubung tindakan menyimpan dua gading gajah secara haram. FOTO Ihsan Perhilitan

Ini adalah operasi kedua Perhilitan selepas seorang ahli perniagaan turut ditahan Perhilitan kerana memiliki 12 hiasan gading gajah bernilai hampir RM1 juta secara haram.

Rampasan dilakukan susulan pemeriksaan mengejut di rumah mewah milik seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya, Selangor, minggu lalu.

Difahamkan semua koleksi gading gajah itu dipamerkan di rumah berkenaan sebagai simbol kekayaan pemiliknya berusia 60-an.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ne-rm10000-sebatang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.118749 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list