CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3973|Reply: 0

[Tempatan] Kuala Lipis bakal jadi bandar pertahanan

[Copy link]
Post time 9-5-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Lipis bakal jadi bandar pertahanan
Asrol Awang
am@hmeto.com.my



WAN Rosdy


Kuantan: Kilang kenderaan perisai bakal dibina di kawasan perindustrian Padang Tengku Fasa II, Lipis, sekaligus menjadikan daerah itu sebagai bandar pertahanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata setakat ini, tapak projek kilang berkenaan diluluskan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) manakala agensi pelaksana projek adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

"Syarikat MILDEF International Sdn Bhd sedang dalam rundingan memuktamadkan pelaburan dan dijangka mula melabur apabila pelaburan Fasa 1 Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mustapa Long (BN-Padang Tengku) yang ingin tahu tahap kemajuan pelaksanaan Lipis sebagai Bandar Pertahanan dan implikasi serta kesan positif terhadap pembangunan di daerah Lipis.

Wan Rosdy berkata, kawasan perindustrian Padang Tengku Fasa II dikenal pasti sebagai kawasan yang sesuai untuk dimajukan bagi projek berasaskan industri pertahanan.

Katanya, terdapat dua syarikat yang berminat untuk memajukan projek berasaskan industri pertahanan di kawasan perindustrian itu.

"Pelaburan pertama yang bernilai RM150 juta oleh syarikat Ketech Asia Sdn Bhd ini merupakan kilang pembuatan peluru pertama di Malaysia.

"Syarikat ini berpengalaman dalam menguruskan keperluan peluru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Untuk makluman, pembangunan kilang di atas tanah milik PKNP yang dipajak kepada syarikat dengan keluasan 40 hektar ini sudah mencapai 82 peratus setakat 15 Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya untuk beroperasi pada suku akhir tahun ini.

"Kelulusan dasar diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri pada 4 Mac 2022 bagi mendapatkan lesen mengilang peluru di bawah Seksyen 12 Akta Senjata 1960 (Akta 206) di Kuala Lipis bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2024," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.525643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list