CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4960|Reply: 0

[Perak] Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Manjung: Sebanyak 29 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut, antara 39 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Perak dalam serbuan di empat premis sekitar Manjung.

Pengarah Imigresen Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.

"Kesemua 39 pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailand dan China berusia 25 hingga 35 tahun.

"Kita melakukan serbuan di dua pusat hiburan karaoke dan dua pusat urut susulan aduan serta risikan mengenai aktiviti yang menawarkan khidmat GRO dan urut," katanya pada sidang media di sini awal pagi hari ini.


Meor Hezbullah berkata, premis-premis terbabit telah diserbu pada tahun lepas dan didapati melakukan kesalahan berulang, justeru pihaknya akan memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Hasil semakan juga mendapati lesen hiburan di pusat hiburan terbabit masih sah namun kita akan buat semakan dengan pihak PBT sama ada premis ini memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh PBT untuk ia beroperasi," katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing itu dibawa ke depoh tahanan di Ipoh bagi tujuan siasatan lanjut kerana dipercayai telah melakukan pelbagai kesalahan imigresen di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di dalam negara dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

"Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan juga di bawah Akta Pasport 1966," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.043086 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list