View: 6020|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penduduk rayu diberi pampasan 'hilang' rumah
[Copy link]
|
|
SYUKRI melihat keadaan rumah yang diduduki hampir 40 tahun dirobohkan di Kampung Bertam Lama, di sini. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Hampir 100 penduduk di Kampung Bertam Lama yang terbabit dengan projek membina jalan dari Jambatan Bertam ke Jalan D235, di sini, merayu diberikan pampasan.
Penduduk mendakwa mereka diberi tempoh sehingga Rabu ini untuk mengosongkan kediaman masing-masing, namun sehingga kini masih tiada tempat ingin ditujui.
Penduduk, Safinah Abdul Rahman, 64, berkata dia bersama suami berharap pampasan diberikan pihak berwajib atas dasar empati kerana sudah menetapkan di kampung itu sejak lebih 40 tahun.
Menurutnya, rumah dibina adalah hasil titik peluh mereka yang hanya melakukan kerja kampung.
"Kami tahu, tanah yang kami duduki adalah tanah dan bersedia untuk berpindah, namun buntu ke mana mahu pergi kerana tidak mempunyai simpanan untuk membeli atau menyewa rumah lain.
"Justeru, kami harap atas dasar perikemanusiaan dan ihsan adalah sedikit sumbangan, saguhati atau pampasan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
"Sebelum ini, saya bersama suami sudah hadir ke pejabat terbabit bagi menyelesaikan masalah penduduk, namun tiada kata putus dan dimaklumkan Rabu ini adalah tarikh akhir," katanya.
Penduduk lain Mohd Syukri Abdul Rahman, 59, berkata bagi pembinaan jalan terbabit, seramai 20 keluarga yang terbabit selain surau dan dewan komuniti.
Katanya, dia kini dalam proses merobohkan rumahnya dan terpaksa akur dengan surat arahan berpindah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
"Untuk dapatkan rumah yang selesa macam ini, saya berusaha hampir 20 tahun. Asal dulu hanya rumah kayu kecil dekat bahagian dapur.
"Hanya 10 tahun dapat hidup dengan selesa, kini kami terpaksa berpindah dan menumpang di rumah saudara, tetapi tidak tahu sampai bila perlu menumpang," katanya yang juga diuji dengan masalah kesihatan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim berkata, beliau sudah berjumpa dengan penduduk yang terjejas untuk penyelesaian segera.
"Saya sudah memaklumkan kepada penduduk yang terlibat bentuk bantuan dan penyelesaian sebagai cara mengurangkan bebanan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpasan-hilang-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|