CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 3

[Tempatan] Tetap mengundi walaupun diusung dengan katil

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Menyifatkan tanggungjawab mengundi sebagai fardu ain, Zul tidak melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasannya. - NSTP/Eizairi Shamsudin





HULU SELANGOR: Keadaan kesihatan yang memaksanya diusung dengan katil tidak mematahkan semangat seorang warga emas mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Zul Majid, 63, yang lumpuh separuh badan, menggunakan khidmat ambulans swasta untuk ke Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pechah di sini, dengan diiringi isteri, Dalilah Abas, 61, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menyifatkan tanggungjawab mengundi sebagai fardu ain, Zul tidak melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.

"Biarpun pergerakan terbatas, pakcik tetap mahu mengundi kerana ia kewajipan dan fardu ain. Kalau ada orang angkat, Insya-Allah (keluar mengundi), jika tidak, tak dapatlah pakcik mengundi.

"Saya mahu wakil rakyat yang dipilih nanti dapat menjaga rakyat, soal agama (dan) bangsa jangan jadi pertikaian, paling penting berkhidmat sebaiknya untuk rakyat yang sudah memilih," katanya sambil menambah hanya sekali tidak mengundi sepanjang hayatnya.

Dalilah berkata, suaminya lumpuh separuh badan sejak 2020 dan hanya boleh duduk dan baring di rumah.

"Dia (Zul) tidak paksa pun, cuma kali ini dia berkobar-kobar nak pergi mengundi dan tiba di sini ada petugas yang turut membantu, jadi ia memudahkan urusan," katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan saingan empat penjuru itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Seramai 39,269 pengundi biasa akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 03:19 PM | Show all posts
Zul yang lumpuh separuh badan, menggunakan khidmat ambulans swasta untuk ke Pusat Mengundi SMK Ampang Pechah di Huku Selangor. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2024 03:20 PM | Show all posts
Zul tetap mengundi walaupun diusung dengan katil. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2024 03:20 PM | Show all posts
Zul yang lumpuh separuh badan tak ingin lepaskan peluang tunai tanggungjawab mengundi. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.131620 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list