View: 1066|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sokong Palestin, Malaysia jadi sasaran tekanan ekonomi?
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Tindakan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menggantung empat syarikat berpangkalan di Malaysia adalah satu bentuk 'tekanan' kepada negara ini.
Langkah itu dipercayai dilaksanakan susulan pendirian negara yang tegas membela nasib orang Islam di Gaza selain mengecam tindakan genosid Israel.
Untuk rekod, empat syarikat itu adalah yang pertama dikenakan tindakan sedemikian bagi rantau Asia Tenggara.
Pensyarah Perhubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohd Mizan Mohd Aslam melihat bahawa langkah terbaharu AS itu bagi memberi tekanan ekonomi kepada Malaysia.
"Sejujurnya, saya sudah mendengar langkah penggantungan ini beberapa bulan lalu dan antara lain sebagai memberi tekanan kepada Malaysia kerana lantang dalam menyuarakan ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat Gaza.
"Tindakan negara yang menyelar perbuatan rejim Zionis Israel jelas tidak disenangi oleh AS dan mereka mahu mengenakan tekanan dengan penggantungan beberapa syarikat ini," katanya.
Mohd Mizan berkata, ini jelas menunjukkan sikap pembuli AS dan yakin ia juga adalah bertitik tolak kepada desakan Israel untuk mengenakan mana-mana negara yang lantang bersuara.
Katanya, tujuan kepada penggantungan ini mahu menjadikan seluruh dunia mengikut telunjuk mereka dengan mengenakan pelbagai tekanan.
"Saya yakin AS tidak berhenti dengan tindakan itu saja dan pasti ada lagi syarikat yang berpangkalan di negara tertentu akan digantung dengan alasan yang sama.
"Seluruh negara melihat kekejaman tentera rejim Israel namun mereka tidak menyatakan pendirian, malah kecaman pun tidak kerana takut dengan tindakan susulan yang dilakukan oleh negara sekutu rejim terbabit.
"Tindakan itu juga antara lain mahu mengabsahkan tindakan kejam Zionis kononnya negara ini menyokong pergerakan pengganas sedangkan pengganas sebenar adalah mereka," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|