CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4604|Reply: 0

[Kedah] 'Sepatutnya saya bekerja untuk keluarga tapi emak pula yang uruskan saya'

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Rizuan menderita akibat barah otak. FOTO ihsan Mohd Rizuan Rosley

Sungai Petani: Bukan hanya diuji dengan barah otak malah kudrat Mohd Rizuan Rosley juga tidak sekuat dulu hingga tiada daya untuk keluar mencari rezeki.

Meskipun masih muda, penyakit dihidapi itu menyebabkan Mohd Rizuan, 33, lebih banyak menghabiskan masa dengan berbaring di katil kerana tidak larat untuk bergerak.

Menurutnya, apa yang berlaku benar-benar membuatkannya sedih terutama jika terlalu memikirkannya.

Mohd Rizuan berkata, dia juga tidak tahu sampai bila boleh bertahan dan diberi peluang untuk bernafas.


"Dalam usia begini, saya patut bekerja dan bantu keluarga terutama emak yang tinggal bersama.

"Tapi emak pula yang bantu urus dan siapkan makanan untuk saya.

"Ikut hati memang sedih tapi bukan ini kehendak saya. Kalau diberi pilihan saya tak nak sakit dan sekarang kena kuat juga untuk lawan penyakit," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohd Rizuan berkata, selain kerap demam, dia juga kurang ada selera makan sejak kebelakangan ini.

"Ada ketikanya, rasa tak nak makan langsung tapi kenangkan mahu baik, saya jamah juga walaupun sesuap.

"Dulu tak begitu tapi mungkin penyakit yang menyebabkan saya tiada selera.

"Boleh jadi, saya terlalu banyak berfikir terutama mengenai diri dan sampai bila tak bekerja kerana walau apa pun, saya perlu wang untuk kelangsungan hidup.

"Cuma, keadaan kesihatan tak mengizinkan dan saya berdoa semoga Allah SWT hapuskan sakit kerana nak kerja macam dulu," katanya yang disyorkan menjalani pembedahan namun masih menunggu keadaan kesihatannya stabil.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubunginya di talian 013-6509195.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-yang-uruskan-saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.209738 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list