CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7344|Reply: 0

[Perlis] UniMAP pastikan keselamatan, kebajikan pelajar

[Copy link]
Post time 11-5-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
UniMAP pastikan keselamatan, kebajikan pelajar

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

11 Mei 2024 07:54pm








Kebakaran berlaku di aras bawah blok Kompleks Perumahan Pauh Putra menyebabkan 36 motosikal milik pelajar dan enam rumah terkesan.




ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar yang terjejas dibantu berikutan kebakaran aras bawah blok Kompleks Perumahan Pauh Putra.

Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, untuk rekod, sebanyak 36 motosikal milik pelajar terlibat dalam kejadian kebakaran dan enam rumah terkesan akibat kejadian itu.



Sehubungan itu, beliau berkata, UniMAP mengeluarkan arahan pengosongan bangunan melibatkan blok A dan B berkuat kuasa bermula Sabtu.

"Malah, pihak kami menyerahkan kepada Jabatan Keselamatan UniMAP untuk pemantauan selain memudahkan kerja-kerja siasatan bomba dan polis.



"Semua pelajar yang terjejas dan memerlukan penginapan telah diuruskan perpindahan sementara ke kolej-kolej yang dikenal pasti bermula jam 5 petang hingga 7 malam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, sebarang urusan keluar masuk pelajar perlulah mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Keselamatan bermula pada Sabtu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Zaliman memberitahu, UniMAP juga pada masa yang sama sedang mengumpulkan maklumat pelajar-pelajar yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan kebajikan yang bersesuaian.

"Bantuan segera akan dibuat kepada semua pelajar terlibat meliputi aspek kewangan dan lain-lain," katanya.




Menurut beliau, semua pelajar yang terlibat dimohon untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan melalui saluran yang disediakan pengurusan Kolej Kediaman Pauh Putra.

Ibu bapa atau pelajar mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian kecemasan pos kawalan utama iaitu 04-988 5747 dan pengurusan kolej di talian 019-400 3422.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.059257 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list