CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 2

[Jenayah] Mesej tular dakwa Amerika Syarikat kenakan sekatan ke atas Malaysia adalah palsu - Fahmi

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode
FOTO Ihsan Facebook Fahmi Fadzil





KUALA LUMPUR: Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak REUTERS sendiri.

"Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X (sebelum ini dikenali Twitter) dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya menerusi media sosialnya, hari ini.

Terdahulu, REUTERS mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

"Sebarang dakwaan yang mengatakan REUTERS melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu," menurut agensi berita berkenaan menerusi platform X.– BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semaklah!


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:28 PM | Show all posts
Ramai ja yang bangga kalau berita tu betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 1.588496 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list