CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8575|Reply: 0

[Terengganu] JPS Terengganu pasang pam bergerak atasi kesan musim kemarau

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Pam bergerak dipasang JPS Terengganu untuk membantu operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut selain menyalurkan air di kawasan pertanian yang terkesan akibat cuaca panas. - Foto ihsan JPS Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu bersedia menempatkan 14 pam bergerak untuk digunakan sepanjang musim kemarau.

Pengarahnya, Hanizan Deraman, berkata ia membabitkan 11 pam bergerak dengan kapasiti lima cusec (kaki padu sesaat) dan tiga lagi pam bergerak berkapasiti tiga cusec.

Beliau berkata, setakat ini, empat daripada 11 pam bergerak berkapasiti lima cusec serta satu daripada tiga pam bergerak berkapisiti tiga cusec sedang digunakan.

Katanya, pam bergerak itu digunakan untuk membantu operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut selain menyalurkan air di kawasan pertanian yang terkesan akibat cuaca panas.


"Dalam keadaan kemarau sekarang, kita bersedia membantu memasang pam bergerak itu sekiranya ada permintaan untuk kebakaran-kebakaran kecil yang berlaku di tanah gambut akibat cuaca panas.

"Kita akan bagi aset untuk membantu dan kakitangan kita akan menyediakan sistem-sistem pam untuk kita cari punca air berhampiran sama ada dari sungai atau kolam takungan yang ada masuk ke parit untuk mengawal api di tanah gambut itu.

"Pam sama juga untuk membantu menyalurkan air di kawasan pertanian yang terkesan akibat cuaca panas," katanya.

Hanizan berkata, pam itu kini ditempatkan di beberapa lokasi yang dikenal pasti berisiko seperti Dungun, Kuala Nerus serta Setiu dan ia akan dipasang berdasarkan permintaan semasa.

Katanya, pam bergerak mula dipasang di beberapa lokasi di seluruh Terengganu seperti Besut, Dungun, Setiu dan Kuala Nerus sejak 15 Mac lalu.

"Kebanyakan pam ini dipasang untuk beri sokongan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengawal kebakaran selain ada yang digunakan untuk bantuan pengairan padi di Skim Pengairan Gong Machang, Besut dan Skim Pengairan Jelapang, Setiu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kesan-musim-kemarau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.039438 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list