CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7199|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terakam video manusia atau...

[Copy link]
Post time 12-5-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Terakam video manusia atau...


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



TANGKAP layar video penampakan makhluk dirakam oleh Muhammad Syahiruddin. FOTO ihsan Muhammad Syahiruddin Abd Aziz





Kepala Batas: "Nak kata orang, kenapa tak ada bayang-bayang waktu 'dia' lalu di bawah lampu?"

Itu persoalan bermain di fikiran Muhammad Syahiruddin Abd Aziz, 18, atau mesra disapa Syahir yang masih belum ada jawapan sehingga kini selepas ternampak makhluk berselubung kain pada malam Selasa lalu.

Video penampakan makhluk itu dimuat naik di TikTok dan sehingga kini meraih lebih 526,000 tontonan.

Menurut Syahir, video itu dirakam ketika dia berteduh bersama empat rakan lain di sebuah hentian bas dekat jalan Pongsu Seribu, di sini.

"Malam itu, saya keluar bersama rakan dan dalam perjalanan nak pulang ke rumah di Tasek Gelugor. Memandangkan hujan lebat jadi kami sepakat berteduh di hentian bas kira-kira jam 11 malam sebelum teruskan perjalanan.

"Waktu duduk di hentian bas, saya nampak makhluk berkenaan yang ada di seberang jalan tiba-tiba muncul jadi terus rakam dan tak lama kemudian hilang.

"Tak takut tapi bulu roma saya naik juga dan tertanya apa yang saya nampak itu kerana tak nampak wajahnya, jalan pun bongkok dan hanya muncul sekejap sebelum hilang.

"Ikutkan memang ada rumah orang tetapi jauh lagi ke dalam dan tak ada laluan ke kawasan perumahan pun di kawasan makhluk itu muncul," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Syahir berkata, dia tidak memberitahu empat rakannya mengenai apa yang dilihatnya dan hanya berkongsi video selepas pulang ke rumah.

"Balik rumah, saya terus mandi kemudian kongsi video itu dengan kawan dan mereka percaya makhluk itu bukan manusia.

"Malam yang sama, saya muat naik video di TikTok sebelum tidur dan esoknya dapat banyak notifikasi komen.

"Tak sangka ramai tengok video itu kerana muat naik untuk suka-suka saja…yang percaya ramai tetapi ada juga tidak.

"Terpulang kepada orang untuk percaya atau tidak tapi ada juga kata nampak rambut panjang serta ada penampakan lain di belakang saya.

"Saya pun terkejut dan sebenarnya, saya pernah saja lihat penampakan makhluk halus sebelum ini cuma baru tergerak hati nak rakam tempoh hari," katanya.



Disiarkan pada: Mei 12, 2024 @ 4:13pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list