View: 985|Reply: 0
|
[Kelantan]
Jus manis laris musim panas
[Copy link]
|
|
AHMAD Fakhrurrazi dibantu ahli PIBG menjual air tebu segar pada harga RM3 bagi 800ml.
Gua Musang: Cuaca panas yang melanda membuka rezeki kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di sini, menjana pendapatan hasil jualan air tebu segar apabila menerima permintaan tinggi.
Penyelaras Agro School Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya Ahmad Fakhrurrazi Che Daud, 31, berkata jualan minuman tebu diproses secara terus adalah insiatif PIBG untuk menjana tabungan persatuan bagi kebajikan murid.
"Kami memproses air tebu setiap hari sejak Mac lepas dan jualan ketika musim panas sangat menggalakkan. Pada bulan lepas, lebih RM10,000 keuntungan diperoleh.
"Hasil ini digunakan untuk membantu semua murid, kebanyakannya terdiri golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan dengan kos sara hidup," katanya di SK Lepan Jaya.
Menurutnya, projek menanam bermula sejak 2022 dan kini ada 300 rumpun tebu terdiri tebu merah serta kuning.
Katanya, air tebu dijual pada harga RM3 bagi setiap 800 mililiter dan terjual 200 pek sehari.
"Setiap rumpun ada 10 batang tebu dan dalam satu musim ia boleh dituai bagi tempoh satu hingga tujuh bulan.
"Bagaimanapun bagi meningkatkan tahap pengeluaran dan kualiti air, kami ambil masa setahun sebelum dituai," katanya.
Penasihat Agro School SK Lepan Jaya Jailani Mat Jusoh berkata, selain dijadikan minuman, pembeli turut menjadikannya sebagai manisan cair.
"Tebu merah kebiasaannya dijadikan manisan cair selain minuman. Pada bulan lalu, lebih 2,000 batang tebu merah dijual untuk dijadikan manisan cair," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-laris-musim-panas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|