CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7560|Reply: 0

[Kelantan] 13 stesen minyak dikenakan tindakan, bersekongkol dengan penyeludup

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Azman Ismail

Kota Bharu: Sebanyak 13 stesen minyak terutama di kawasan sempadan dikenakan tindakan dengan kebanyakannya dipercayai bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan minyak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, jumlah itu direkodkan sepanjang Januari sehingga bulan ini.

"Berdasarkan statistik, jumlah tahun ini meningkat berbanding 2023 iaitu hanya tujuh kes sepanjang tahun.

"Kesemua stesen minyak berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang antara lain kesalahan dilakukan adalah membenarkan pelanggan mengisi minyak ke dalam tong tanpa sebarang kebenaran yang sah atau menjual melebihi kuantiti dibenarkan," katanya.


Pada masa sama, KPDN turut menahan seramai 109 penyeludup di bawah akta sama tahun ini dengan kebanyakannya adalah penyeludup minyak.

"Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 147 kenderaan disita termasuk sebuah kenderaan asing dan nilai rampasan keseluruhan membabitkan sebanyak RM2.7 juta.

"Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM379,000 adalah nilai rampasan membabitkan barang kawalan termasuk petrol," katanya.

Mengulas lanjut katanya, KPDN akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam menangani penyeludupan barangan bersubsidi termasuk petrol.

"Kerjasama dengan agensi di sempadan amat penting memandangkan KPDN sendiri berdepan kekangan keanggotaan dengan sempadan Kelantan-Thailand yang begitu terbuka.

"Justeru, kita mengingatkan pengusaha stesen minyak terutama di kawasan sempadan supaya tidak bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi dan tindakan tegas akan diambil," katanya.

Pada masa sama katanya, rondaan dan pemantauan statik di stesen-stesen sempadan oleh pegawai dan anggota KPDN bermula awal bulan ini diyakini mampu mengekang kegiatan penyeludupan minyak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-dengan-penyeludup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060411 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list