CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3245|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bukan terminal feri yang terbakar, tetapi...

[Copy link]
Post time 14-5-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Bukan terminal feri yang terbakar, tetapi...


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Kebakaran sebuah stor menyimpan pukat berhampiran Penang Sentral, Butterworth. FOTO Ihsan Pembaca




Butterworth: Bukan terminal feri di Penang Sentral, di sini, yang terbakar sebaliknya kebakaran malam tadi, membabitkan stor penyimpanan pukat terletak berhampiran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.19 malam tadi berhubung insiden kebakaran berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan pukat .

"Stor berkenaan terbakar sehingga 25 peratus dan tiada mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

"Anggota bomba kemudian melakukan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman," katanya.

Jelasnya, operasi dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dengan mendapat bantuan Bomba Penang Port dan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

Terdahulu, tular video dan gambar di aplikasi WhatsApp mendakwa berlakunya kebakaran besar di Terminal Feri Penang Sentral.

Kejadian itu dirakamkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.



Disiarkan pada: Mei 14, 2024 @ 12:58pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063231 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list