CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4208|Reply: 0

[Selangor] Jenayah seksual libatkan golongan kanak-kanak

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Siti Kamsiah ketika ditemui pemberita pada majlis towhall dekat Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan apabila melakukan hubungan intim dalam tempoh sejam perkenalan.

Mereka hanya perlu berhubungan melalui media sosial sebelum diajak keluar atau berkongsi aplikasi penjejak lokasi rumah bagi melakukan seks termasuk tanpa bayaran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pelaku kebiasannnya menggunakan modus operandi dengan ayat-ayat manis atau power bagi mengajak pertemuan dengan mangsa.

Katanya, tujuan komunikasi dilakukan suspek ini kebiasaannya bagi pengantunan kanak-kanak iaitu bagi melakukan kesalahan seksual sama ada secara dalam atau luar talian.

“Suspek akan bagi ayat-ayat power termasuk bagi membina kepercayaan sebelum melanjutkan kepada aktiviti seksual. Kemudian kanak-kanak akan berasa seronok sehingga membawa satu tarikan kepada kanak-kanak bagi melakukan kesalahan seksual.

“Mereka akan minta gambar bogel sebelum berakhir kepada adegan seks. Sebab itu, tidak sampai sejam ada berkongsi lokasi sama ada lelaki itu masuk rumah atau mangsa yang keluar.

“Sekali lagi, alat telekomunikasi dan internet memudahkan berlakunya jenayah seksual tersebut. You kenal, You chatting, You datang rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Siti Kamsiah memberitahu, berdasarkan trend golongan kanak-kanak kini menyukai kepada media sosial termasuk mencari kandungan boleh menarik perhatian orang ramai.

Lebih membimbangkan, kata Siti Kamsiah, jenayah seksual yang menularkan kepada kanak-kanak bukan sahaja menjadi mangsa malah pemangsa.

Ini terbukti menerusi kes di Kelantan yang melakukan seks bagi tujuan membayar hutang meminjam atau tidak boleh menggantikan pemadam.

Mengulas lanjut, Siti Kamsiah menegaskan perkara ini berlaku disebabkan ketidakpedulian ibu bapa termasuk dalam aspek pengantunan kanak-kanak seperti gambar bogel. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... longan-kanak-kanak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073505 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list