CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3907|Reply: 0

[Kedah] Tiga penguat kuasa direman, disyaki terima rasuah lindungi rumah urut

[Copy link]
Post time 15-5-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Tiga penguat kuasa direman, disyaki terima rasuah lindungi rumah urut

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

15 Mei 2024 05:37pm









Semua suspek lelaki berusia sekitar 30-an hingga 40-an direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga 18 Mei ini.




SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman tiga anggota penguat kuasa dari dua agensi kerajaan yang berbeza selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM36,000 bagi melindungi kegiatan rumah urut di negeri ini.




Menurut sumber, semua suspek telah ditahan pada Selasa antara jam 8 hingga 12 tengah malam ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Sungai Petani.


Salah seorang suspek dibawa ke Mahkamah Masjistret Sungai Petani untuk mendapatkan perintah reman.




“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Januari tahun lalu dan menerima bayaran secara bulanan yang mencecah sehingga kira-kira RM6,000 bagi melindungi pekerja rumah urut yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.



“Siasatan dipergiatkan dan tidak menolak kemungkinan terdapat dalang lain yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list