CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8649|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peningkatan 600 peratus penggunaan rokok elektronik

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Terdapat peningkatan ketara iaitu sebanyak 600 peratus terhadap penggunaan rokok elektronik di negara ini dengan 5.8 peratus pengguna dikenal pasti pada 2023 berbanding 0.8 peratus pada 2011. - Foto hiasan AFP

PUTRAJAYA: Terdapat peningkatan ketara iaitu sebanyak 600 peratus terhadap penggunaan rokok elektronik di negara ini dengan 5.8 peratus pengguna dikenal pasti pada 2023 berbanding 0.8 peratus pada 2011.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata data itu didedahkan dalam Global Adult Tobacco Survey (GATS) iaitu tinjauan isi rumah peringkat kebangsaan yang juga dilakukan di lebih 30 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang dibebani penggunaan tinggi tembakau.

Perbandingan data itu dibuat antara 2011 dan 2023 dengan selang masa 12 tahun.

"Selain itu, seramai 4.8 juta orang atau 19 peratus penduduk dewasa negara ini adalah perokok tembakau dengan 3.7 juta atau 14.6 peratus golongan dewasa itu merokok setiap hari.


"Bagi pengguna dwiguna iaitu tembakau dan rokok elektronik didapati sebanyak 3.9 peratus golongan dewasa negara ini menggunakannya dengan ia menunjukkan peningkatan 400 peratus berbanding tempoh sama, pengguna dwi-guna hanya 0.8 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mendedahkan penemuan utama Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) serta GATS di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto NSTP

Dr Dzulkefly berkata, penggunaan rokok elektronik itu juga menunjukkan lonjakan membimbangkan dengan pertambahan bilangan perokok itu daripada kalangan usia lebih ramai iaitu 8.6 peratus prevalens bagi usia 15 hingga 24 tahun.

"Bagi usia 25 hingga 44 tahun pula sebanyak 7.1 peratus bilangan pengguna rokok elektronik; diikuti usia 45 hingga 64 tahun (2.8 peratus) dan usia 65 tahun ke atas sebanyak 0.7 peratus.

"Faktor yang menyumbang kepada mereka terjebak dengan rokok elektronik ialah peranti itu tersedia dalam perisa digemari, persepsi rokok elektronik kurang memudaratkan berbanding tembakau dan ia mudah didapati," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-rokok-elektronik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055509 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list