CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8555|Reply: 0

[Terengganu] Bekas penolong jurulatih boling dipenjara 6 tahun amang seksual fizikal

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap atlet Sukan Malaysia (SUKMA).

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Mat Salleh Jalani, 61, didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 14 tahun satu bulan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah di Marang pada Mac 2018.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh sabitan hari ini.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanim Ayim manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki.

https://www.bharian.com.my/berit ... tahun-amang-seksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046505 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list