View: 8539|Reply: 0
|
[Selangor]
Suami isteri tidur berasingan berisiko dapat serangan jantung, strok
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Pasangan suami isteri dinasihatkan supaya tidak tidur berasingan walaupun mereka bergaduh.
Ini kerana menurut pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan, tindakan itu boleh membawa pelbagai risiko penyakit serta ketidakstabilan hormon.
“Pertama dari segi perubatan, badan kita tidak menghasilkan hormon Oxytocin (hormon yang kerap dihubungkan dengan ghairah pada pasangan) serta hormon serotonin (yang menghubungkan sel ke otak) yang membuatkan hubungan makin renggang.
“Kedua, berdasarkan kajian, pasangan yang tidur berasingan berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok,”katanya dalam satu klip video di media sosial.
Tambah Ahmad Samhan, kesan ketiga apabila suami isteri tidur berasingan adalah akan menyebabkan konflik perhubungan akan jadi lebih teruk disebabkan oleh ‘stress’.
Ini kerana katanya, badan manusia dipenuhi ion positif dan negatif.
“Bila tidak bersentuhan antara kulit dengan kulit dia tidak akan discharge (dikeluarkan). Jadi elakkan tidur berasingan walau bergaduh macam mana sekali puan.
“Bergaduh dalam rumah tangga itu normal, tetapi janganlah tidur berasingan,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ngan-jantung-strok/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|