View: 7187|Reply: 0
|
[Perak]
Gajah betina jatuh longkang berjaya dibawa keluar
[Copy link]
|
|
SEEKOR gajah betina terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tugu Peringatan JRTB, Gerik semalam.
GERIK – Seekor gajah betina diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tugu Peringatan JRTB, di sini semalam.
Pengarah Perhilitan, Yusoff Shariff berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 8 pagi di mana seramai tujuh kakitangan digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pelbagai usaha dijalankan bagi membawa keluar gajah liar dianggarkan berusia sembilan tahun itu termasuk menggunakan jentera jengkaut.
“Kerja-kerja menyelamatkan haiwan liar itu mengambil masa kira-kira lima jam dengan dibantu Jabatan Kerja Raya (JKR), polis dan syarikat konsesi Belati Wangsa.
“Gajah betina itu disahkan dalam keadaan sihat sebelum dihalau semula ke hutan simpan berhampiran,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang memaparkan seekor gajah terperangkap di dalam longkang dengan usaha-usaha menyelamat dilakukan oleh agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... jaya-dibawa-keluar/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|